Showing posts with label Jatuh. Show all posts
Showing posts with label Jatuh. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

wajah sebenar arwah Pelajar maut jatuh dari siling dewan sekolah

arwah jauh dari siling sekolah yang ini..memang tinggi




ANGGOTA polis mengusung mayat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Kangar selepas terjatuh dari siling dewan sekolah berkenaan, pagi tadi. - Foto NSTP



KANGAR: Seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah, di sini, maut selepas terjatuh dari siling dewan sekolah berkenaan pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, maut akibat cedera parah pada muka selepas terjatuh kira-kira 30 meter.
Difahamkan, mangsa yang berseorangan memanjat bahagian siling bangunan selepas memecah masuk pintu belakang dewan, sebelum jatuh dalam keadaan tertiarap.
Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Dun Kasa, mengesahkan kejadian itu.

View the original article here

Sunday, 7 September 2014

Jatuh bangun seorang Aznil Nawawi



AZNIL NAWAWI, Pak Nil, Datuk Aznil atau apa saja panggilan yang diberikan kepada figura yang sedang duduk bersebelahan saya, merupakan sebuah refleksi kepada persekitaran, kehidupan dan kerjayanya.

Bingkas bangun daripada kerusinya seraya menyapa kunjungan kami ketika sesi pengenalan 20 orang anak didiknya dari program On Air musim ketiga di ibu pejabat Astro, Bukit Jalil baru-baru ini, bicara kami mengalir lembut.

Kini, selepas 25 tahun, nama Aznil masih kukuh. Biar tidak lagi kerap dilihat muncul dalam kaca televisyen, Aznil mengaku beliau puas dan tidak terasa bakal dilupakan khalayak.






Sebaliknya, melihat barisan anak didiknya dari On Air yang bersiaran untuk satu musim, manakala dua musim lagi diteruskan tanpa bersiaran, beliau sudah berasa cukup bertuah.

"Saya seperti melihat diri sendiri setiap kali melihat wajah mereka di televisyen. Ini antara pencapaian terbaik karier saya, punya anak didik yang bakal meneraju landskap pengacaraan dengan penuh integriti," katanya penuh bangga.

Aznil, 52, seperti yang dikenali ramai sebagai seorang pengacara, pelakon, penyampai radio dan pernah suatu ketika bergelar penyanyi tidak terlepas daripada melalui detik-detik sukar.

Madu yang dituai hari ini merupakan hempedu yang pernah ditelan 25 tahun lalu. Kata Aznil, kalau berjalan biar sampai ke batas, kalau belayar biar sampai ke pulau.



AZNIL bukan sahaja terkenal dalam kalangan penonton dewasa, tetapi menerusi program kanak-kanak dan kekeluargaan Tom Tom Bak, beliau mencipta dunianya tersendiri. Program seumpama ini yang telah membuat nama panggilannya dikenali sebagai Pak Nil.

"Saya bermula tanpa guru, belajar daripada kesilapan orang lain dan mengutip pengalaman daripada kesalahan saya sendiri.

"Detik paling sukar sepanjang karier saya ialah sewaktu tahun kemelesetan ekonomi sekitar tahun 1998. Tiada syarikat produksi ketika itu mahu menerbitkan rancangan televisyen dan ramai pengacara yang menganggur.

"Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman bersama beberapa rancangan televisyen seperti Melodi, Pop Kuiz dan Teleskop, saya menggunakan kemahiran penerbitan untuk mencari duit lebih walau tawaran tidak lebat.

"Momen yang juga sukar bagi saya apabila rumah tangga saya berpecah dan melalui proses penceraian. Malah, saya juga pernah suatu ketika dahulu dikritik hebat hingga membawa ke mimbar khutbah Solat Jumaat," lentur bicaranya.




Sudah kenyang makan kerak

Sambung Aznil, pengalaman itu mengajarnya untuk belajar daripada kesilapan dan berkongsi kepada anak didiknya untuk tidak mengulangi perkara yang sama.

"Tidak pernah saya meragui langkah yang saya pilih. Saya beruntung kerana pada zaman itu tidak ramai yang mahu menjadi pengacara, jadi khidmat saya sentiasa dimahukan dan saya tidak pernah melalui fasa yang mana saya tidak cukup makan.

"Benar, memang ada dugaan kecil yang saya lalui tapi tidaklah sampai saya mahu berhenti. Kadang-kadang perkara kecil sebegini membuatkan saya mahu buktikan bahawa saya mampu menjadi besar.

"Sehingga pernah beberapa ketika orang ejek saya tidak menang anugerah, datang ke acara sekadar tukang tepuk. Rasa marah, malu dan kecil hati memang ada tapi tidak pernah itu menjadi pendorong saya mahu meninggalkan industri," tegasnya.

Daripada mana datangnya semangat untuk bangkit kembali?

Jawab Aznil, sebulat kata hatinya untuk terjun ke bidang pengacaraan sebulat itu tekadnya untuk bangun daripada kegagalan.

"Sekali saya sudah membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya saya dalam bidang perkapalan, sejak itu keputusan saya muktamad!

"Ini minat saya dan pengalaman terdahulu menjadikan saya seorang pengacara yang boleh menerbit dan mengarahkan program televisyen sendiri.

"Saya rasa sudah jauh terlibat dalam bidang pengacaraan dan penerbitan jadi saya tidak boleh berundur," tegasnya yang tidak pernah mengidamkan kerjaya sebagai pengacara ketika di bangku sekolah.



AZNIL menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah bergelar Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 2013. Pengiktirafan tersebut dianggap antara pencapaian terbaik dalam hidupnya.
Advertisement


Rentas zon masa

Impian Aznil untuk condong ke bidang pengacaraan bermula apabila dia melihat figura idolanya, Wan Zaleha Radzi menghiasi kaca televisyen.

"Terfikir pula saya ketika itu bahawa menjadi pengacara televisyen adalah sesuatu yang menyeronokkan dan zaman dahulu kerjaya ini bukan pilihan ramai. Kebanyakannya mahu menjadi penyanyi dan pelakon," kata lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya itu.

Dari zaman persekolahan singkap Aznil, dia mengasah kemahiran dan kebolehan untuk bercakap di depan khalayak menerusi aktiviti ko-kurikulum seperti pertandingan pantun, debat dan public speaking.

Lama-kelamaan apabila melihat peluang itu muncul di hadapannya, Aznil tidak teragak-agak untuk menerima tawaran mengacara dan menggunakan kembali skil sama yang pernah dipelajari ketika zaman persekolahan.

Diajak kembali merentasi zon masa untuk kembali ke suatu tempoh yang paling Aznil dambakan, katanya dia mahu terbang semula ke lewat tahun 1980-an.

"Zaman itu saya banyak buat iklan dan pelakon dibayar mahal hingga mencecah RM60,000. Malah, pencapaian itu melambangkan status sosial tertinggi apatah pesaing kita kebanyakannya ketika itu berwajah kacukan.

"Walaupun ketika itu orang tidak tahu nama saya, setiap kali terserempak di luar orang akan ingat dan kenal saya menerusi iklan di televisyen. Malah, mereka menyifatkan saya tergolong dalam kategori manusia terpilih," cerita pelakon filem Cicak Man itu bersungguh-sungguh.

Hantu stoking

Tidak pernah kalah gaya, Aznil sering tampil ke hadapan khalayak dengan fesyen yang terkini dan pelbagai. Bercerita lebih lanjut mengenai kekagumannya terhadap penghibur lagenda Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, kata Aznil idolanya itu sedikit sebanyak mempengaruhi kecenderungannya berpakaian.

"Saya berpenampilan mengikut keselesaan dan cita rasa. Sudirman pula seorang penghibur sejati yang sangat mengambil kira penampilannya setiap hari dan jarang mengulang pakai baju sama ketika membuat persembahan.

"Perkara itu menjadi panduan saya dan secara tidak langsung menambahkan koleksi pakaian dalam almari. Oleh itu, saya terpaksa menyewa sebuah rumah khas semata-mata untuk menempatkan semua pakaian saya," katanya yang menganggap fesyen itu satu pelaburan untuk kerjaya.

Aznil mengikuti perkembangan fesyen semasa, cuma tegasnya dia kini menyesuaikan gaya sehari-harinya dengan usia dan rancangan yang dia kendalikan.
Nikmati Tawaran Sensasi Toyota !

"Saya perlu tampilkan pesona yang matang kerana kebanyakan rancangan yang saya hoskan sekarang menampilkan sisi profesional saya, jadi tiada lagi pakaian gila-gila seperti zaman Macam-Macam Aznil.

"Kembali ke tahun 1992, saya pernah digelar Hantu Stoking dan imej berkenaan melekat ketika itu. Setiap kali keluar rumah saya pasti mengenakan pakaian dan fesyen rambut yang pelik tapi paling penting wajib memakai stoking," tambahnya.

Apakah signifikannya? Jawab Aznil: "Untuk diingati dan membuktikan bahawa saya pernah meniti zaman muda."

View the original article here

Monday, 2 June 2014

SEGERA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley, jam 2.20 petang tadi.
Tragedi berlaku apabila Nurul Emielda Nadia Sallehuddin dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir.
Nurul Emielda yang jatuh ke tingkat bawah pusat beli belah mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan segera dibawa ke hospital menggunakan ambulan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, kanak-kanak tahun satu ini datang ke Mid Valley bersama ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian ini.
Gambar tempat kejadian yang diambil oleh pengunjung kini beredar di media sosial.
Kepada para ibu bapa, awasilah anak-anak anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Lelaki selamatkan bayi jatuh tingkat dua

type='html'>

Li dibantu seorang lelaki cuba menangkap bayi yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Guangdong, China, barubaru ini. - AGENSI

GUANGDONG 25 Mei - Stesen televisyen China, CCTV berjaya merakamkan babak dramatik seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan seorang bayi berumur 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar Zhongshan di wilayah ini, baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut bayi tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.

Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online.

Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat bayi berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya.

Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika bayi itu terjatuh.

Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut bayi itu selepas kanak-kanak itu terjatuh.

?Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya.

?Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan bayi itu, tanpa mengharapkan apa-apa,'' katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ.

Utusan

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

Video Lelaki Berjaya Menyambut Bayi Jatuh Dari Bangunan



Adegan dramatik dua lelaki China menangkap seorang bayi yang jatuh dari ketinggian, terakam video. Untungnya, bayi lelaki tersebut berjaya disambut dengan baik oleh kedua-dua lelaki tersebut.

Seperti dilapor AFP, Jumaat 23/05 dalam video yang dikeluarkan oleh media nasional tempatan, kelihatan ada seorang lelaki yang bergegas dan berlari mendekati sebuah bangunan di tengah hujan lebat. Rupanya lelaki ini melihat ada seorang bayi yang memanjat tingkap tingkat dua di salah satu pangsapuri.



Dalam rakaman video itu, kelihatan juga ada seorang lelaki lain yang ikut menyertai. Kedua lelaki tersebut merenggangkan tangan mereka ke depan, dalam kedudukan siap menangkap bayi berusia 1 tahun tersebut.

Kelihatan raut wajah yang tegang pada kedua lelaki tersebut. Sedangkan beberapa warga lain yang ada di sekitar mereka hanya mampu berdoa. Beberapa saat kemudian, bayi itu jatuh ke bawah, tepat di lengan kedua lelaki tersebut.

"Saya tidak banyak berfikir ketika itu. Saya hanya takut gagal menangkapnya," ucap salah satu lelaki yang menyelamatkan bayi tersebut.

Insiden tersebut berlaku pada Ahad ( 19/5 ). Tidak dinyatakan di mana ibu si bayi berada semasa insiden ini terjadi. Namun sejurus sehaja si bayi berjaya ditangkap dengan selamat, kelihatan seorang wanita mendukung byai tersebut dengan penuh kelegaan. Tonton Video Dibawah: