Showing posts with label tingkat. Show all posts
Showing posts with label tingkat. Show all posts

Friday, 13 June 2014

Video Budak 3 Tahun Berpaut Di Balkoni Tingkat 5 Ketika Ibunya Sedang Tidur

Seorang anak kecil memanjat ke tebing beranda tinggi pangsapuri keluarganya sementara ibunya tidur di dalam rumah.

Kanak-kanak lelaki, yang diyakini berusia 3 tahun, berjalan di sekitar balkoni pangsapuri tingkat lima.

Orang ramai yang berkumpul di bawah mula bimbang, beberapa daripada mereka menjerit, ramai yang mulai menangis melihat pemandangan tersebut," kata pelayan Wagner Nascimento Gomes, yang melihat insiden di bandar Vila Velha.

Kanak-kanak itu mungkin telah naik ke kerusi kemudian meniti di balkoni itu, kemudian terperangkap di situ.

Dia kemudiannya diselamatkan oleh Bruno Teixeira, yang mengatakan ibu kanak-kanak itu sedang tidur di dalam pangsapuri pada saat itu.

"Ketika kami tiba di apartmen itu, pintu rumah itu terbuka dan budak sedang berada di atas balkoni itu, Ibu  kanak-kanak sedang tidur.

Dia harus lebih berhati-hati terhadap keselamatan anaknya. "



View the original article here

Monday, 2 June 2014

SEGERA: Kanak-Kanak 7 Tahun Maut Jatuh Tingkat 3 Mid Valley


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 3 pusat beli belah The Gardens, Mid Valley, jam 2.20 petang tadi.
Tragedi berlaku apabila Nurul Emielda Nadia Sallehuddin dipercayai tergelincir berhampiran tangga eskalator menuju parkir.
Nurul Emielda yang jatuh ke tingkat bawah pusat beli belah mengalami kecederaan parah di belakang kepala dan segera dibawa ke hospital menggunakan ambulan namun disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
Difahamkan, kanak-kanak tahun satu ini datang ke Mid Valley bersama ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan kejadian ini.
Gambar tempat kejadian yang diambil oleh pengunjung kini beredar di media sosial.
Kepada para ibu bapa, awasilah anak-anak anda untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.
Sumber: Rem Ramzi / Mynewshub

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

Lelaki selamatkan bayi jatuh tingkat dua

type='html'>

Li dibantu seorang lelaki cuba menangkap bayi yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di Guangdong, China, barubaru ini. - AGENSI

GUANGDONG 25 Mei - Stesen televisyen China, CCTV berjaya merakamkan babak dramatik seorang lelaki yang berjaya menyelamatkan seorang bayi berumur 12 bulan yang terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan di bandar Zhongshan di wilayah ini, baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu berjaya menyambut bayi tersebut dengan kemas, sebelum terjatuh ke tanah, dalam kejadian yang berlaku pada waktu hujan lebat, di sini.

Ajaibnya, bayi itu langsung tidak mengalami sebarang kecederaan sebelum lelaki itu menyerahkan semula kanak-kanak tersebut kepada ibunya, lapor Mail Online.

Dalam rakaman CCTV itu, Li kelihatan agak gementar apabila melihat bayi berkenaan yang berada di tepi tingkap bangunan tersebut selepas kanak-kanak tersebut dipercayai mahu mencari ibunya.

Orang ramai yang berada di lorong jalan dan melihat kejadian itu kemudiannya meletakkan sebuah sofa dan kotak-kotak kadbod bagi mengurangkan risiko kecederaan jika bayi itu terjatuh.

Li yang dibantu seorang lelaki yang melihat kejadian itu kemudiannya berjaya menyambut bayi itu selepas kanak-kanak itu terjatuh.

?Saya tidak berfikir banyak pada masa itu, Saya hanya takut jika saya gagal menyambutnya.

?Tindakan saya itu didorong oleh naluri saya untuk menyelamatkan bayi itu, tanpa mengharapkan apa-apa,'' katanya yang kemudian menyerahkan bayi tersebut kepada seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak itu, yang kemudian bergegas beredar dari situ.

Utusan

View the original article here