Showing posts with label Akhirnya. Show all posts
Showing posts with label Akhirnya. Show all posts
Sunday, 26 October 2014
AKHIRNYA!!! Penganjur Program "I Want To Touch A Dog" Mohon Maaf
PETALING JAYA - Syed Azmi Abhalshi, lelaki di sebalik pengajuran program yg mencetus kontroversi "I Want To Touch A Dog" telah memohon maaf kerana program itu telah mencetuskan kemarahan dari orang ramai.
Namun, aktivis sosial itu menegaskan bahawa program itu bertujuan untuk mendidik, dan bukan untuk mempromosikan liberalisme seperti yg didakwa oleh sesetengah pihak.
"Saya menganjurkan acara ini kerana Allah, bukan untuk menyimpangkan kepercayaan orang ramai, cuba untuk mengubah undang-undang Islam, mengolok-olokkan ulama atau menggalakkan pluralisme," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sri Selangor di sini, pada hari Sabtu.
Dari kenyataan rasminya, dia juga mengaku terdapat kelemahan pada program tersebut, dan meminta maaf atas kesulitan keranan program tersebut.
Selepas membaca kenyataan itu, Syed Azmi meninggalkan sidang akhbar itu dan tidak mengambil apa-apa soalan dari yg hadir.
Peguamnya Syahredzan Johan berkata, beliau terpaksa meninggalkan sidang tersebut untuk keselamatan dirinya atas sebab beberapa ancaman bunuh yg diterimanya.
AKHIRNYA!!! Suspek Kes Penyebaran Gambar Intim Dyana Sofea Dan Zairil Dikenalpasti
Kuala Lumpur, 24 Oktober : Dalam perkembangan terbaru, maklumat mendedahkan bahawa orang yg memuatnaikkan gambar-gambar tersebut adalah isteri Zairil Christopher Lim sendiri, Dahlia.
Kononnya Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil Christopher Lim curang dan main kayu tiga dengan Dyana Sofya.
Gangguan daripada Dahlia, menyebabkan Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil Christopher Lim.
Gambar-gambar tersebut kononnya juga dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang dan kedua-duanya dalam keadaan seolah-olah MABUK ARAK.
Menurut sumber gambar-gambar tersebut dikatakan dirakamkan oleh kawan-kawan mereka, tetapi kemudiannya diserahkan kepada Dahlia.
Kononnya Dahlia yg sakit hati, kemudiannya memuatnaikkan gambar-gambar tersebut dengan membuat ‘TAG’ kepada Dyana Sofya dan Dyana Sofea.
Zairil Christopher Lim yg kemudiannya mendapat tahu gambar-gambarnya bersama Dyana Sofya telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, telah bertindak memadamkan gambar-gambar tersebut dengan harapan tiada sesiapa yg dapat melihat dan mengesannya.
Tetapi telah terlambat apabila ramai ‘kawan-kawannya’ yg telah melihat gambar-gambar tersebut.
Setelah kecoh, Lim Guan Eng segera bertindak ‘untuk membetulkan keadaan’. Dahlia dilaporkan telah dipujuk untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan perasaan sekaligus meredakan ketegangan selain mengelak daripada dikesan dan dihubungi oleh penggiat media sekaligus mendedahkan lebih banyak kisah di sebalik gambar-gambar tersebut.
Sekiranya kisah ini benar maka tidak hairanlah mengapa ikrar Zairil Christopher Lim bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap orang yg menyebarkan gambar-gambar intimnya bersama-sama Dyana Sofya, hanya tinggal ikrar dan gertakan. Sedangkan pada masa yg sama, tiada keberanian yg ditunjukkan untuk mengotakan ikrar dan gertakannya itu.
Saturday, 11 October 2014
MACAM -MACAM Akhirnya Rita Rudaini Minta Maaf Pada Dato Terlajak Laris
Baru-baru ini, kenyataan ‘pondan’ yg dikeluarkan oleh Rita sedikit sebanyak telah mengguris hati Dato’ Aliff Syukri. Jadi, Dato’ Aliff telah memohon agar dirinya tidak dilibatkan lagi dalam pergaduhan antara Rita dan orang ketiga di dalam akaun Instagram beliau.
Rita Rudaini buat keputusan untuk tampil dan memohon maaf dengan sejujurnya sekiranya kenyataan ‘pondan’ tersebut telah membuatkan Dato’ Aliff berkecil hati. Kata Rita:-
Saya hanya menjelaskan keadaan sebenar yg keluar dari mulut 'seseorang', tetapi mungkin secara tidak sengaja luahan saya itu mengguris hati Datuk Aliff. Memang saya tidak ada niat lain, kalau ada silap di pihak saya, saya minta maaf dengan sejujurnya.
Walaupun kami pernah menjalankan urusniaga suatu ketika dahulu tetapi saya memang tidak ada nombor telefon peribadi Datuk Aliff.
Tetapi saya tidak kisah jika Datuk mahu saya berjumpa dengan dia untuk menjelaskan keadaan sebenar dan seterusnya minta maaf jika benar-benar dia terguris dengan tindakan saya tempoh hari. Saya sedia berjumpa.
Agaknya, adakah Rita akan dimaafkan atau tidak? Bukan apa, industri hiburan ini kecil. Nanti akan berjumpa juga kan.
Apapun, kami tabik hormatlah dengan tindakan Rita yg berani meminta maaf secara terbuka ini. Harapnya, selesailah perkara ini daripada terus menjadi kontroversi negatif.
Rita Rudaini buat keputusan untuk tampil dan memohon maaf dengan sejujurnya sekiranya kenyataan ‘pondan’ tersebut telah membuatkan Dato’ Aliff berkecil hati. Kata Rita:-
Sebenarnya saya dan Datuk Aliff sendiri pernah bekerjasama dalam urusniaga suatu ketika dahulu. Secara jujurnya saya kenal dia, tetapi apa yg berlaku tempoh hari bukan seperti apa yg difikirkan orang.
Saya hanya menjelaskan keadaan sebenar yg keluar dari mulut 'seseorang', tetapi mungkin secara tidak sengaja luahan saya itu mengguris hati Datuk Aliff. Memang saya tidak ada niat lain, kalau ada silap di pihak saya, saya minta maaf dengan sejujurnya.
Walaupun kami pernah menjalankan urusniaga suatu ketika dahulu tetapi saya memang tidak ada nombor telefon peribadi Datuk Aliff.
Tetapi saya tidak kisah jika Datuk mahu saya berjumpa dengan dia untuk menjelaskan keadaan sebenar dan seterusnya minta maaf jika benar-benar dia terguris dengan tindakan saya tempoh hari. Saya sedia berjumpa.
Agaknya, adakah Rita akan dimaafkan atau tidak? Bukan apa, industri hiburan ini kecil. Nanti akan berjumpa juga kan.
Apapun, kami tabik hormatlah dengan tindakan Rita yg berani meminta maaf secara terbuka ini. Harapnya, selesailah perkara ini daripada terus menjadi kontroversi negatif.
Tuesday, 2 September 2014
Akhirnya pasangan hangat Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie kahwin

PASANGAN pelakon terkenal Hollywood, Brad Pitt, 50 dan Angelina Jolie, 39, dikhabarkan telah melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.
Mereka mula menjalinkan hubungan sejak 2005 yang kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 2012 lalu.
Pasangan ini memiliki enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.
Sebuah akhbar melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya.
Monday, 1 September 2014
Brangelina akhirnya berkahwin

BRAD PITT dan Angelina Jolie sering meraih publisiti hangat berkaitan hubungan mereka.
DUNIA seni Hollywood pada 28 Ogos lalu dikejutkan dengan perkahwinan rahsia pasangan mega Brad Pitt dan Angelina Jolie yang dijalankan dalam suasana sederhana di Perancis.
Majlis perkahwinan mereka dilaporkan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat pasangan tersebut tanpa dapat dihidu oleh pihak media.
"Ia memang sebuah majlis perkahwinan yang cukup mengejutkan industri hiburan Hollywood. Namun, ia bukan hal yang baharu kerana mereka memang telah menetapkan untuk berkahwin, hanya ia berjaya dilakukan dalam cara yang mereka inginkan," ujar satu sumber kepada Us Weekly.

MAJLIS perkahwinan Brangelina hanya dihadiri keluarga dan teman rapat mereka.
Tambah sumber itu lagi, semua pihak gembira dengan penyatuan mereka. Sementelah Brad dan Jolie telah bersama sejak sembilan tahun lalu dan mempunyai enam orang anak. Mereka juga telah bertunang pada tahun 2012.
Dalam majlis itu, Jolie, 39, dan Brad, 50, dilaporkan mengesahkan perkahwinan di estet milik mereka yang dibeli pada tahun 2012 di Chateau Miraval, Perancis dengan anak sulung mereka, Maddox, 13, dan Pax, 10 menjadi pengiring Jolie.
Shiloh, 8, dan Knox, 6, pula membawa cincin perkahwinan, manakala Zahara, 9, dan Vivienne, 6, menjadi gadis pengiring bunga.
Terdahulu, dalam satu temu bual, Jolie pernah menyatakan bahawa majlis perkahwinannya dengan Brad kelak lebih mementingkan tentang penglibatan dan kebahagiaan anak-anaknya, berbanding mahu dilangsungkan dalam keadaan yang sarat publisiti.
EKSLUSIF!! 5 Gambar Wajah Terbaru Bekas Isteri Sudirman Akhirnya Didedahkan
EKSLUSIF!! 5 Gambar Wajah Terbaru Bekas Isteri Sudirman Akhirnya Didedahkan | Setelah sekian lama, akhirnya seorang peminat berjaya menyelongkar siapakah gerangan wajah di sebalik bekas isteri Seniman Sudirman Hj Arshad pada masa kini. Jom ikuti pendedahan beliau!
Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.
Aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau.
Aku sendiri tidak terkecuali.
Aku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya
Di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
Tidak lama dulu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan.
Di sini, admin kongsikan tiga keping gambar lama yang memaparkan wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
Aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini.
Penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana.
Aku sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing.
Tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.
Persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu? wallahualam.
sumber
http://mediasensasipanas.blogspot.com/2014/08/ekslusif-5-gambar-wajah-terbaru-bekas_30.html
Friday, 23 May 2014
Mula-Mula Oral Seks, Akhirnya Kena Rogol!
Keinginan pelajar tingkatan empat berseronok dengan teman lelaki sehingga sanggup ponteng sekolah, akhirnya bertukar detik hitam apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Sungai Besar, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, 16, dipercayai dirogol temannya lelaki itu antara jam 8 hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana bekerja.
Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk membawanya ke rumah dan kemudiannya bertindak merogol mangsa yang baru dikenalinya kira-kira sebulan lalu.
“Lelaki yang mengenali mangsa melalui rakannya dipercayai pernah melakukan seks oral beberapa kali sebelum ini, namun mengakui baharu pertama kali melakukan hubungan seks dengan mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya selepas seorang rakan mangsa menghubunginya memaklumkan mangsa tidak ke sekolah.
Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan, tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.
“Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan,” katanya.
Noor Mushar berkata, kakak mangsa yang terkejut dengan pengakuan adiknya itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi memaklumkan kejadian terbabit.
“Polis mereman suspek yang bekerja sebagai mekanik bermula 29 April lalu sehingga 6 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya. –Sinar Harian Online

Subscribe to:
Posts (Atom)