Showing posts with label Kenyataan. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Siti Nurhaliza, Saya tegur kerana kenyataan timbul fitnah

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza berkata beliau terpaksa menegur sikap fanatik sesetengah peminat artis yang sewenang-wenangnya menabur fitnah demi mempertahankan artis kesayangan mereka.

Siti berkata, ini kerana peminat artis itu menuduh beliau merasuah wartawan dengan hadiah semata-mata untuk membeli jiwa mereka.

"Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini.








"Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.

Datuk Siti Nurhaliza.

"Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya," katanya.

Mengenai isu penyanyi Patah Seribu itu yang sedang berkonflik dengan media Melayu khususnya berikutan tindakan beliau menuduh media tidak menyokong kerjaya seni dan lebih suka menulis kisah peribadi, Siti sebagai penyanyi senior meluahkan pandangannya.




"Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan.

"Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media," katanya.

View the original article here

Sunday, 31 August 2014

Raisyyah Rania: Jangan Manipulasikan Kenyataan Saya


Raisyyah kesal ada pihak memanipulasikan kenyataannya di status Facebook miliknya.

Model muaalaf yang kini menggunakan nama Raisyyah Rania bertegas mana-mana pihak termasuklah media yang ingin mengambil kenyataan menerusi status yang ditulis di Facebook miliknya agar tidak memanipulasikan maksud yang disampaikan itu.

Raisyyah atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap, 27, berkata, terdapat media sering memanipulasikan kenyataannya termasuklah sebuah akhbar telah memetik statusnya dengan laporan salah mengenai isu pasangan model berpakaian pengantin separuh bogel di Ipoh, Perak baru-baru ini.






"Saya terkejut sebab berita itu dipaparkan tanpa pengetahuan saya dan tajuk yang diberi itu agak kasar, kedengaran seperti angkuh.

"Walhal, saya tidak pernah berniat untuk marah sesiapa pun. Saya hanya ikhlas menyeru orang ramai untuk berpakaian lebih sopan di tempat awam dan jika perlu berpakaian sedemikian atas sebab kerja (seperti model tersebut) maka ia sepatutnya dilakukan di tempat yang tertutup.

"Diharap setiap kenyataan saya di Facebook tidak lagi dimanipulasikan," katanya kepada mStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada Jumaat.




Rabu lalu, Raisyyah telah menyelar sebuah akhbar di Instagram miliknya apabila tajuk berita yang digunakan iaitu 'Tolonglah jaga maruah!" seolah-olah menunjukkan dia begitu angkuh bercakap perihal menutup aurat.

Dia juga mendakwa kenyataannya telah dimanipulasikan.




Sementara itu, Raisyyah juga berharap agar mana-mana pihak tidak keliru lagi dengan kerjayanya di mana dia sebenarnya masih seorang model, bukan bekas model seperti yang ditulis itu.

"Ramai yang menganggap saya sudah bersara daripada kerja-kerja peragaan sedangkan saya masih seorang model cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yang menutup aurat sahaja.

"Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yang baik kepada gadis-gadis lain dari segi cara berpakaian," tuturnya.

View the original article here