Showing posts with label Masalah. Show all posts
Showing posts with label Masalah. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

INFO!!! 9 Tips Untuk Mengelakkan Masalah Perut Buncit !!..




Tiada siapa yg suka dengan masalah ‘buncit’kan? Masalah buncit juga boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa lagi, jom kita ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan melakukan 9 pekara di bawah!





1) KERAP MINUM AIR MASAK



Mendapatkan jumlah air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yg lebih efektif sewaktu proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu membuang air lebih banyak lah segala sisa makanan yg terkumpul di dalam perut keluar





2) BANYAKKAN KUNYAHAN



Sewaktu menikmati hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan. Pastikan setiap makanan yg masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44 kali atau kunyah sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk di hadam. Makanan yg sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu kembung dan tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.





3) MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT



Makanan yg serat adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan sayur-sayuran yg bewarna hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu proses penjagaan penyakit perut buncit.





4) KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN



Terlebih garam dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan proses pengaluaran air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi kembung dengan gas-gas yg terbentuk dan mula membuncit!





5) KERAP MEMBUANG AIR



Jika kamu terasa seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan tahan. Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan keluar dari tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yg merana.





6) KELUARKAN PELUH



Jika kamu seorang yg kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan segala toksin yg tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja aktiviti yg dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu jadualkan waktu senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga akan menjadi sihat dan kuat.





7) BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING



Ada sesetengah kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah satu faktor perut buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap mengambil ubatan ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.





8) ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR



Jika kamu rajin melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari tidur ia dapat membantu kamu mengempiskan perut yg buncit itu. Teknik ini sangat di galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan menyebabkan sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.





9) KURANGKAN MINUM AIR MANIS



Air manis memang sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan kuantiti yg banyak dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat penyakit yg tidak di ingini seperti kencing manis dan sebagainya. Jadi, kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air masak seperti yg di sarankan di atas.







 

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Cara Mudah Elak Masalah Obesiti



Malaysia mendu­duki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesiti dan mendahului senarai di Asia Tenggara untuk masalah obesiti dan kencing manis.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, terdapat tiga juta rakyat Malaysia mengalami lebihan berat badan dan bilangannya semakin meningkat dengan lima juta individu menderita mengalami pelbagai peringkat penyakit kencing manis. 
Kata-kata seperti mencegah lebih baik daripada mengubati dan biarkan makanan menjadi penawar, memberi inspirasi kepada MBG melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza untuk me­ngetengahkan makanan sihat serta menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai asas resipi. 

Pada asasnya, kempen makan secara sihat ini untuk menggalakkan rakyat Malay­sia me­ngambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet pada bila-bila masa, terutama ketika musim keraian yang sering dilimpahkan dengan aneka makanan yang boleh membawa kemudaratan kepada sistem penghadaman.  
Untuk itu, pengambilan buah-buahan amat digalakkan kerana ia boleh disesuaikan dengan apa juga jenis sajian, malah boleh dimasukkan dalam resipi makanan.

Untuk kesan lebih baik, individu digalakkan makan sekurang-kurangnya lima hidangan sayuran dan buah-buahan warna-warni sehari sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat. Caranya, ambil sedikit buah-buahan sebelum makan (untuk memastikan anda tidak terlebih ma­kan) dan selepas makan (untuk membantu penghadaman). 


Gunakan kreativiti untuk memasukkan buah-buahan sebagai bahan asas masakan atau sekurang-kurangnya sebagai pencuci mulut manakala minum jus buah-buahan semula jadi untuk menggantikan minuman kordial. 


Buah-buahan berfungsi membantu memulihkan sistem penghadaman dan membekalkan vitamin, antioksidan dan nutrien yang diperlukan untuk meneutralkan kesan buruk daripada makanan dan tekanan ke atas tubuh. 

Sebagai permulaan, sediakan resipi mudah berasaskan buah-buahan sebagai bahan utama salad. 


Menurut Chef Christopher Yee, bagi menjadikan hidangan lebih enak, ia ha­nya perlukan sedikit kreativiti, gerak hati dan keupayaan bermain dengan perasa, tekstur dan warna buah-­buahan. Selepas itu, gayakan persembahan de­ngan menambah hiasan bagi menjadikan sajian lebih menyelerakan. 


Sajian kegemaran yee sang pada Tahun Baru Cina boleh diubah dengan mencampurkan buah-buahan dan sayuran. Ia mudah disediakan terutama apabila dicampurkan dengan ceri dan sos plum. 


Ceri disenaraikan sebagai buah unggul kegemaran rakyat Malaysia (menurut hasil tinjau selidik buah-buahan MBG yang dikeluarkan pada September tahun lalu) manakala merah pula warna melambangkan kemeriahan Tahun Baru Cina. Justeru, penggemarnya boleh mencipta sos ceri yang sihat manakala gantikan snek keropok berminyak dengan bertih beras yang lebih sihat. 


Untuk sajian utama iaitu kerapu merah masak reneh dalam bouillion plum, boleh menggunakan beberapa jenis buah-buahan sebagai sebahagian daripada perencah atau perasa dan bahan membuat sos. 


“Cuba reneh ikan untuk menggantikan cara mengukus bagi menghasilkan tekstur yang lembut. Gunakan rumpai laut dan buah-buahan untuk menambah kelazatan rasa ikan. Gunakan buah kiwi, tembikai, plum dan mangga kerana ciri-ciri semula jadi dan ringan serta tidak menenggelamkan rasa ikan. Sajian ini juga memberikan warna menarik sebagai hidangan pembuka selera,” kata Chef Yee. 

Untuk hidangan pencuci mulut, kek mousse buah naga dengan beri dan aiskrim buah markisa pasti meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan. 


Resipi kerapu merah masak reneh (untuk empat orang) 

- 2 keping isi kerapu merah
- 2 biji kiwi
- 5 biji plum
- 50 gram cendawan shimeiji
- 100 gram tembikai
- 100 gram mangga
- 2 batang asparagus
- 200 gram tembikai hami
- 1 biji jus lemon
- 1 biji kulit lemon
- 2 sudu besar kicap
- Garam laut dan lada putih secukup rasa
- Daun ketumbar muda untuk hiasan
- Kulit limau Mandarin secukup rasa 


Cara penyediaan: 

1. Kupas mangga dan jadikan puri, tambah garam dan paprika salai sebagai perasa. 

2. Kupas kiwi, kisar dan tambah kulit lemon dan garam laut sebagai perasa. 

3. Tembikai dipotong dadu, ditabur gula perang dan dijadikan gula hangus (karamel), ketepikan untuk disejukkan. 

4. Tembikai dipotong dadu, daun ketumbar dicincang, gaul kesemuanya dan tambah minyak zaitun, garam dan jus sebagai perasa. 

5. Celur asparagus dalam air garam, kemudian tumis dalam mentega dan tambah perasa. 

6. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cendawan shimeiji, masak bersama asparagus dan tambah garam dan lada putih sebagai perasa. 

7. Masukkan plum yang dicincang kasar, jus lemon, kicap dan garam laut ke dalam satu lagi periuk dan kemudian masukkan isi kerapu merah, renihkan selama 20 minit. Angkat dan toskan air yang berlebihan. 

8. Letakkan dalam ping­gan hidangan dan sedia untuk disajikan.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Zed Zaidi Kecewa Dituduh Enggan Selesaikan Masalah Seniman



Ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi kecewa apabila dituduh dengan sengaja enggan hadir ke pertemuan khas yang dianjurkan oleh penerbit filem Datuk Yusof Haslam pada 16 September lalu bagi menyelesaikan masalah persatuan itu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, dia terkejut apabila ketidakhadirannya yang disebabkan oleh demam panas itu dipersoalkan segelintir pihak yang sengaja mahu menganiayanya.






"Peliklah, pada hari tersebut, memang saya demam teruk kerana sebelum itu saya sibuk dengan urusan keluarga serta perkahwinan adik saya. Bukannya sengaja tak mahu datang.

"Apabila saya tidak ada pada pertemuan itu, macam-macam pula tuduhan yang diberikan," katanya kepada mStar Online.

Sebuah akhbar mingguan Ahad melaporkan, Zed sengaja tidak mahu hadir pada pertemuan itu kerana tidak menyukai salah seorang ahlinya iaitu Abu Bakar Omar yang turut hadir pada majlis tersebut.


Datuk Yusof Haslam

Perkara itu membuatkan sifat kepimpinan Zed sebagai bekas Presiden Seniman dipersoalkan dimana sepatutnya Zed perlu berani berdepan dengan kemelut yang dihadapi oleh persatuan itu sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, Zed juga dikatakan mahu bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bakal berlangsung pada 27 September ini dan mencabar Datuk Mustapha Maarof dalam pemilihan jawatan presiden untuk penggal baharu.

Sementara itu, Zed berkata, dia berasa pelik dengan tujuan pertemuan itu dilakukan kerana sekiranya benar Yusof ingin menyelesaikan masalah Seniman, ia sepatutnya dilakukan sebelum masalah persatuan itu dibawa ke mahkamah lagi.

"Saya ada bertanya pada Datuk (Yusof) kenapa baru sekarang nak damaikan ahli-ahli dan bukannya sebelum isu dibawa ke mahkamah?

"Lebih pelik pertemuan dilakukan ketika menjelangnya AGM. Saya bukannya mahu menuduh sesiapa. Cuma pelik apabila isu mahu berdamai timbul apabila AGM dah nak dekat.

"Bukankah segala masalah berbangkit boleh dibawa ke AGM nanti? Nanti jangan pula ada yang sengaja cakap saya mahukan jawatan presiden semula. Saya tak kisah pun tentang pangkat," katanya.




Pada 25 Januari 2013, lima artis veteran telah memfailkan saman terhadap Seniman termasuk pemimpin-pemimpinnya bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan AGM ke 14 persatuan berkenaan tidak sah kerana disyaki berlaku penyelewengan dan beberapa perkara termasuk pemalsuan pindaan undang-undang.


Datuk Mustapha Maarof

Lima artis veteran berkenaan yang dinamakan sebagai plaintif ialah Abu Bakar Omar, Sahlan Sudiran (Sahlan), Roslinda Buang, Mior Ahmat Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani.

Kemudian, pada 21 November 2013, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rosilah Yop memutuskan apa-apa pemilihan ahli jawatankuasa Seniman yang dibuat dalam Mesyuarat Agung Ke-14 yang diadakan 26 Mei 2012 di Dataran Karyawan Finas, dekat sini adalah terbatal dan tidak sah.

Rosilah turut memerintahkan defendan kedua hingga keempat iaitu bekas presiden persatuan itu Haron Aminar Rashid Salim (Harun Salim Bachik), Omar Kamarudin (Yusof Kelana) dan Wafa A.Kadir membayar ganti rugi khas sebanyak RM56,000 berhubung pembelian hartanah di Setiawangsa kepada Seniman.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Rozaidi Jamil (Zed Zaidi), Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Sean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab).

Beliau juga turut memerintahkan ketujuh-tujuh defendan berkenaan membayar kos tindakan sebanyak RM60,000 kepada pihak plaintif.

View the original article here