Showing posts with label Pelatih. Show all posts
Showing posts with label Pelatih. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan | Berhubung klip video buli yang dikatakan sedang viral dalam sosial media, berikut merupakan kenyataan media Dato Hadi Awang Kecil, KP JLKN.

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang

KENYATAAN MEDIA

VIDEO PERGADUHAN PELATIH PLKN DALAM MEDIA SOSIAL

Saya telah melihat video di dalam media sosial yang tersebar luas mengenai pergaduhan pelatih PLKN dan saya akui kejadian itu telah berlaku di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu pada 18 Oktober 2013. Pelatih yang terlibat adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013
.

Kes berkenaan telah diambil tindakan secara pantas oleh JLKN. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ) Jabatan. Pelatih – pelatih yang terlibat telah dipindahkan ke kem-kem lain untuk memberi amaran kepada pelatih –pelatih akan implikasi kepada pelatih yang tidak mematuhi disiplin kem. Jabatan juga telah memberi amaran kepada pihak Pengurusan Kem agar sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang drastik ke atas individu yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Disediakan oleh:
Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 September 2014


View the original article here

Video Pelatih PLKN Di Buli & Belasah

Video Pelatih PLKN Di Buli & Belasah | Satu video kini mulai viral dilaman sosial berkeitan seorang pelatih PLKN yang menjadi mangsa buli dan dibelasah oleh beberapa pelatih lain di sebuah asrama kem PLKN yang tidak diketahui tempatnya (kemungkinan di negeri pantai timur).

Video Pelatih PLKN Di Buli & Belasah

Video yang berdurasi selama 1.32 saat itu memperlihatkan bagaimana seorang pelatih {mangsa buli} dibawa ke sebuah asrama dan diikuti rakan yang lain.

Sebelum masuk kedalam asrama lagi, kelihatan seorang pelatih melepaskan sepakan kepada mangsa buli tersebut.

Ketika mangsa berada didalam asrama, mangsa terus diserang dengan ganas oleh sekurang-kurangnya 5 pelatih yang lain.

Mangsa bernasib baik dilihat segera keluar dari asrama tersebut.

Video Pelatih PLKN Di Buli & Belasah

Apapun, diminta pihak berkuasa menyiasat dan mendakwa mereka yang melakukan perbuatan ganas ini.

Kita tidak mahu ada kes anak-anak kita mati secara mengejut di kem PLKN tanpa sebarang punca. Pastinya ramai ibubapa bimbang dengan budaya ganas ini.


Diharapkan pihak berkenaan memasang cctv di seluruh PLKN bagi memantau kelakuan anak-anak kita ini.

#Menurut info yang diterima, mangsa dikatakan telah mencuri duit rakannya sendiri sewaktu berada didalam kem tersebut.

Ikuti video tersebut dibawah.



View the original article here