Showing posts with label Pergaduhan. Show all posts
Showing posts with label Pergaduhan. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan | Berhubung klip video buli yang dikatakan sedang viral dalam sosial media, berikut merupakan kenyataan media Dato Hadi Awang Kecil, KP JLKN.

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang

KENYATAAN MEDIA

VIDEO PERGADUHAN PELATIH PLKN DALAM MEDIA SOSIAL

Saya telah melihat video di dalam media sosial yang tersebar luas mengenai pergaduhan pelatih PLKN dan saya akui kejadian itu telah berlaku di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu pada 18 Oktober 2013. Pelatih yang terlibat adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013
.

Kes berkenaan telah diambil tindakan secara pantas oleh JLKN. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ) Jabatan. Pelatih – pelatih yang terlibat telah dipindahkan ke kem-kem lain untuk memberi amaran kepada pelatih –pelatih akan implikasi kepada pelatih yang tidak mematuhi disiplin kem. Jabatan juga telah memberi amaran kepada pihak Pengurusan Kem agar sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang drastik ke atas individu yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Disediakan oleh:
Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 September 2014


View the original article here

Thursday, 5 June 2014

Video, Pergaduhan Di Pasar Ikan Keningau Tersebar

type='html'>
Seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan mengejar sekumpulan lelaki dalam insiden pergaduhan di pasar ikan dekat Keningau.

KOTA KINABALU: Video pergaduhan yang didakwa melibatkan penduduk tempatan dan warga asing di pekan Keningau tersebar dan heboh diperkatakan.


Video berdurasi 23 saat itu yang dipercayai dirakamkan dekat pasar ikan pekan itu pada Ahad, menunjukkan sekumpulan lelaki dikejar oleh seorang lelaki bersenjatakan skimmer ikan.

Video tersebut turut memaparkan seorang lagi lelaki yang mukanya tertiarap ke tanah dan disepak oleh seorang lagi individu di bahagian muka.

Lelaki yang cedera itu kemudiannya dilihat mengangkat kepalanya seketika sebelum rebah di atas jalan.

Jurukamera yang merakam video tersebut tidak terlibat dalam pergaduhan itu dan mungkin menyembunyikan diri dari kekecohan tersebut.
Polis pada Selasa mengesahkan seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun telah ditahan kerana terlibat dengan insiden yang menyebabkan tiga lelaki mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Supritendan, Awang Amit berkata pergaduhan itu tercetus apabila suspek didakwa berang dengan empat lagi rakannya yang minum di luar pusat karaoke dekat pasar ikan di sini.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 3 petang Ahad.

Awang berkata, polis sedang mencari individu lain yang terlibat dalam insiden itu dan percaya kesemua mereka bekerja di pasar ikan itu.

Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Manayon Palanok, 39, yang disepak di bahagian muka, menerima rawatan di hospital daerah Keningau manakala tiga lagi dirawat sebagai pesawat luar.
Sumber mStar Online

View the original article here