Showing posts with label terbabit. Show all posts
Showing posts with label terbabit. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang, Pelatih Terbabit Di Ambil Tindakan | Berhubung klip video buli yang dikatakan sedang viral dalam sosial media, berikut merupakan kenyataan media Dato Hadi Awang Kecil, KP JLKN.

JLKN Akui Pergaduhan PLKN Marang

KENYATAAN MEDIA

VIDEO PERGADUHAN PELATIH PLKN DALAM MEDIA SOSIAL

Saya telah melihat video di dalam media sosial yang tersebar luas mengenai pergaduhan pelatih PLKN dan saya akui kejadian itu telah berlaku di kem PLKN Cenderawasih Cador, Marang Terengganu pada 18 Oktober 2013. Pelatih yang terlibat adalah dari Kumpulan 3 Siri 10/2013
.

Kes berkenaan telah diambil tindakan secara pantas oleh JLKN. Laporan polis telah dibuat pada hari yang sama mengikut Standard Operating Procedure ( SOP ) Jabatan. Pelatih – pelatih yang terlibat telah dipindahkan ke kem-kem lain untuk memberi amaran kepada pelatih –pelatih akan implikasi kepada pelatih yang tidak mematuhi disiplin kem. Jabatan juga telah memberi amaran kepada pihak Pengurusan Kem agar sentiasa memantau dan mengambil tindakan yang drastik ke atas individu yang terlibat agar kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

Disediakan oleh:
Dato Abdul Hadi bin Awang Kechil
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 9 September 2014


View the original article here

Saturday, 14 June 2014

Hanya 21 lelaki terbabit kes rogol dua remaja di Ketereh

type='html'>
Kota Bharu: Polis Kelantan mengesahkan hanya 21 lelaki terbabit dalam kes rogol dua remaja di Ketereh pada 20 Mei lalu, dan bukannya 38 orang seperti dilaporkan sebelum ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman , berkata pihaknya percaya mangsa berumur 15 dan 17 tahun itu dirogol berulang kali oleh suspek sama. 
Jalaluddin berkata, mangsa berusia 15 tahun mendakwa dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah seorang suspek yang masih bebas di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. 

Tujuh lagi suspek diburu

“Tiga belas suspek merogol mangsa di lokasi pertama, manakala lapan lagi di lokasi kedua.

“Hasil siasatan ke atas mangsa kedua, dia juga menyatakan turut dirogol bersama mangsa pertama di sebuah rumah kosong di kampung sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Berikutan kejadian itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan membuat beberapa serbuan dan pemeriksaan di beberapa kawasan di Ketereh dan berjaya menahan 14 lelaki berusia 15 hingga 38 tahun. 
“Kita sedang memburu tujuh lagi suspek dalam lingkungan usia 20-an yang masih bebas.

“Kes ini sudah dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Kelantan dan pertuduhan boleh dibuat mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama,” katanya.

Difahamkan, empat daripada suspek akan didakwa hari ini.

Sebelum ini, dalam laporan polisnya, mangsa berusia 15 tahun mendakwa dia dan rakannya dirogol 38 lelaki dalam kejadian bermula jam 7.30 malam pada 20 Mei lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak.

BH



View the original article here