Showing posts with label Temui. Show all posts
Showing posts with label Temui. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

PERHH!!! Doktor Temui Labah-Labah Hidup Dalam Telinga Penyanyi Katie Melua..




Sebelum ni banyak cerita atau kejadian serangga memasuki rongga badan didengari seperti lintah dihidung, serangga di telinga dan banyak lagi. Dan kini kejadian seumpama ini berlaku lagi dimana Labah-labah memasuki telinga seroang artis British iaitu Katie Melua dan tinggal didalam telinganya selama seminggu.



Katie Melua berkata, dia telah sering diganggu oleh bunyi gemerisik di telinganya dan kemudiannya dia pergi berjumpa doktor. Doktor telah menggunakan pembersih mikro vakum untuk menyedut dan mengeluarkan makhluk itu daripada telinga artis Bristish tersebut. Penyanyi Georgia-British berusia 30 tahun percaya labah-labah yg dikenal pasti sebagai keluarga Salticidae memasuki telinganya melalu headphone yg dipakainya. 



"Selalunya saya menggunakan headphone di telinga untuk menghalang bunyi semasa penerbangan. Kemudian mungkin satu labah-labah kecil yg ada disitu telah merangkak ke dalam telinga saya dan tinggal di sana selama seminggu" kata Katie Melua. 








"Walaupun imej yg dipaparkan dimonitor melalui kamera doktor yg memasuki telinga saya kelihatan menakutkan, namun apabila dia membawanya keluar labah-labah itu cukup kecil, dan labah-labah itu masih hidup selepas dikeluarkan" tambah beliau, menghantar gambar labah-labah dalam bekas plastik. 



Jurucakap Katie Melua, yang dikenali dengan lagu hitsnya seperti Nine Million Bicycles dan The Closest Thing To Crazy, menyatakan kepada Daily Mail: "Pakar telinga mengatakan bahawa dia tidak pernah di sepanjang kerjayanya membawa keluar serangga hidup sebelum ini. Kebanyakkannya mati. Semasa labah-labah itu dibawa keluar, ianya cukup kecil. Katie menyimpan labah-labah tersebut di dalam tabung uji dan melepaskannya di kebun halam rumahnya. Selain daripada berjalan dan mengeluarkan bunyi di telinga Katie, labah-labah itu tidak mengganggu sistem dalam telinga Katie sepanjang seminggu ia tinggal di sana. Katie juga berasa lega ianya selamat kerana dia berasa bimbang dia akan kehilangan pendengarannya."





 

View the original article here

Thursday, 16 October 2014

Pelik Bin Ajaib ! Buah Nangka Berisi Pisang Di Temui


Di Bekasi, Jawa Barat, terdapat buah nangka yang di dalamnya berisikan pisang. Buah ajaib itu hingga sekarang masih bergantung di pohon nangka.

Fenomena aneh ini terjadi pada sebuah pokok nangka di Jalan Jatimulya, Gang Sawo RT 003/08, Kelurahan Jatimulya, Tambun Selatan, Bekasi Timur, Jawa Barat.

Syahrudin, jiran kepada pemilik pokok nangka tersebut, mengatakan nangka berisi pisang itu baru diketahui pemiliknya. 'Boleh dibilang unik dan aneh,' kata Syahrudin.

Aneh, kerana nangka itu berisi pisang berwarna hijau yang menyembul keluar. 'Sama seperti pisang lampung,' jelas Syahrudin.

Namun, hingga kini buah nangka berisi pisang itu masih tergantung di pohon pokok tersebut. Belum diketahui apa yang menyebabkan buah nangka itu berisi pisang. Pemilik pokok nangka tersebut masih belum tahu apa yang akan dilakukannya terhadap 'buah ajaib' itu

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Gwyneth Paltrow Lega Bekas Suami Temui Pengganti


Gwyneth Paltrow lega bekas suaminya jumpa cinta baharu.

PELAKON Gwyneth Paltrow gembira dengan perkhbaran terbaharu tentang bekas suaminya, vokalis kumpulan Coldplay iaitu Chris Martin yang dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Jennifer Lawrance.

Daily Mail melaporkan Gwyneth lega Chris sudah melupakannya dan meneruskan kehidupannya dan mula berjumpa dengan wanita lain selepas mereka berpisah awal tahun ini.






"Gwyneth gembira apabila bekas suaminya bertemu dengan wanita yang jauh lebih baik daripadanya. Perceraian mereka juga berakhir dengan baik dan Gwyneth mahu Chris meneruskan hidupnya," kata sumber pelakon itu.

Sebelum itu, Chris dan Jennifer dilihat menghabiskan masa berdua-duan di sebuah restoran mewah di Los Angeles bagi menyambut hari lahir bintang filem Hunger Games itu.

Bagaimanapun kedua-dua mereka masih belum membuat kenyataan rasmi bagi mengesahkan tentang hubungan mereka.



View the original article here

Tuesday, 3 June 2014

Video Mahkluk Asing Di Temui Di Padang Pasir New mexico


Sebuah video yang dimuat naik di YouTube, jadi perbincangan hangat ramai orang. Video itu menunjukkaan sebuah pesawat jet pejuang Amerika Syarikat (AS) menghancurkan sebuah objek mirip 'obor-obor' yang didakwa raksasa alien di sebuah padang pasir di New Mexico.

Dalam video itu kelihatan, pesawat jet pejuang tentera AS terbang wilayah Durango, New Mexico, Amerika Syarikat. Dalam video itu, juga ada dua tentera AS yang menyaksikan adegan itu. Pesawat jet pejuang AS yang kemudian menjatuhkan bom ke arah objek misteri tersebut.

Menurut orang yang memuat naik video, memberikan keterangan tertulis. "Mei 2014, sebuah makhluk raksasa 'alien' ditemui di padang pasir New Mexico (area Durango).

"Tentera AS menghantar (pesawat) Tentera Udara untuk menghapuskan ancaman tersebut. Ini adalah satu-satunya maklumat yang kami dapatkan dari kenalan kami, "penjelasan keterangan di video itu.

*** Nampak sangat macam pembohongnya kan? Apa-apa pun layan je la...

View the original article here