Showing posts with label Rozita. Show all posts
Showing posts with label Rozita. Show all posts

Friday, 7 November 2014

GOSIP!! Chef Wan melenting kerana anak Rozita Che Wan

Sejak Rozita Che Wan melahirkan puterinya beberapa hari lepas, setiap hari pasti ada je cerita yg keluar. Dari ucapan tahniah hinggalah soal bersolek sebelum beranak pun dijadikan isu.

Paling kami tak faham apabila ada segelintir manusia yg membeza-bezakan anak Che Ta dengan Lara Alana iaitu puteri sulung Scha Alyahya.

Namun, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Chef selebriti terkenal, Chef Wan pula melenting kerana anak Che Ta. Dah kenapa?

Rupa-rupanya, Chef Wan meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir pengikut di laman sosial yg mengkritik dan mengutuk Che Ta.

Melalui kapsyen yg ditulis di akaun Instagramnya, dapat kami rasakan perasaan menyampah Chef Wan dengan haters tersebut. Mana taknya, Chef Wan turut menyelar tindakan mereka sebagai ‘bitchy’.

Lagi kami terkejut apabila Chef Wan siap suruh mereka masuk neraka jahanam jika tak boleh bersangka baik dengan orang lain tau! Fuh, menikam kalbu sungguh kata-kata Chef Wan.

Nak dijadikan cerita, Scha Alyahya turut memuat naik semula foto tersebut di Instagram miliknya dan seolah-olah bersetuju dengan Chef Wan. Tapi, kami lihat semakin galak pula pengikut instagramnya menghentam Chef Wan.

Haihh, kami pun pening. Kalaulah si comel berdua (anak Che Ta & Lara Alana) ini sudah boleh berfikir, mesti mereka takut dengan sikap manusia zaman sekarang.








 


View the original article here

Monday, 3 November 2014

TAHNIAH!!! Gambar dan video bayi Rozita Che Wan selamat bersalin

Menerusi laporan blog rotikaya sebentar tadi Zain Saidin memaklumkan yg isterinya Rozita Che Wan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan keadaan kedua-dua mereka sihat.



Jom tengok gambar dan tonton video pendek ucapan syukur Zain Saidin di bawah. Korang kena scroll down kat bawah yer. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini. Moga terus diberkati.



Ini pula ialah kenyataan dari laman instagram officialhlive :-



"@therealzainsaidin memanjatkan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata perempuannya pukul 2.18 petang tadi. Bayi dan ibunya, @rozitachewan1 berada dalam keadaan sihat. Tonton @officialhlive pukul 8.30 malam ini untk berita lanjut."










View the original article here

Sunday, 2 November 2014

ARTIS!!! Sebab sebenar Rozita & Zain enggan dedah wajah anak perempuan mereka

 "Kalau diikutkan hari ini (1 November) adalah tarikh yg dicadangkan doktor untuk dia bersalin. Sebaik tiba di hospital doktor kata dia sudah boleh bersalin dan terus ditahan," kata Afeeq Abdul Wahab, pengurus kepada Rozita Che Wan.

Mengenai kelahiran bayi perempuan pelakon dan pengacara itu, ia dilahirkan pada jam 2.18 petang tadi di KPJ Ampang Puteri.

Afeeq yg dihubungi berkata, pihaknya tidak menyangka proses bersalin Rozita, 41, berjalan dengan lancar dan teratur.

"Macam tak percaya saja sebab semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Malah pagi tadi sebelum ke hospital kami sempat sarapan nasi lemak dan bergurau macam biasa.

"Dia menunggu dalam bilik bersalin lebih kurang lima jam dan bersalin secara normal. Alhamdulillah Rozita dan bayi selamat dan okey," katanya.

Bayi perempuan yg masih belum diberikan nama itu adalah anak pertama Rozita hasil perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.

Sebelum ini, Rozita turut mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan lalu.

Pada pertengahan bulan lalu, kekecohan timbul semalam apabila sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mempersoalkan relevan disebalik keputusan hospital itu untuk menaja kos bersalin golongan artis yg berkemampuan berbanding membantu kos perubatan masyarakat yg kurang bernasib baik.

Dalam kenyataannya kepada Harian Metro, Rozita berharap isu penajaan itu tidak disensasikan kerana ia adalah rezeki dan peluang yg dihargainya atas kepercayaan diberikan hospital berkenaan.

Afeeq berkata, Rozita masih ditahan di hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibenarkan keluar dalam masa sehari dua.

"Rozita tak dibenarkan untuk diganggu dan dia masih berehat di hospital. Tapi mungkin hanya sehari dua saja.

"Buat masa ini kami tak dapat dedahkan dulu gambar bayi sebab dah ada perjanjian eksklusif dengan pihak Astro," katanya -




 


View the original article here

CUTE!!! 4 Foto wajah bayi perempuan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Sebentar tadi wajah comel kiut miut anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah disiarkn melalui rancangan HLive! Kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat selepas kelahiran pada jam 2.18 petang tadi. Malah, wajah Che Ta nampak berseri-seri selepas kelahiran bayinya.


Untuk pengetahuan anda, nama bayi Che Ta dan Zain hanya akn didedahkan pada rancangan HLive! minggu hadapan. Tak sabar rasanya menantikan nama anak Che Ta, pastinya glams. Sekali lagi tahniah diucapkan! -














 


View the original article here

Friday, 24 October 2014

EDIT NE!!! Adakah Ini Gambar Rozita Che Wan?


Ini Bukan Gambar Bogel Saya – Jelas Rozita Che Wan. Jika tengok sekali imbas memang ramai akan berkata wanita dalam gambar bogel ini mirip Rozita Che Wan. Tetapi tuan badan sudah memberikan kenyataan balas.

Menerusi portal hiburan Murai, Rozita Che Wan menafikan yg individu dalam gambar bogel yg di tunjukkan itu adalah dirinya dan berkata tidak tergamak untuk lakukan sebegitu.


Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tidak tahu apakah itu video chat atau webcam. Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.

Jadi, terus-terang saya tidak pernah berbuat perbuatan yg terkutuk seperti ini, jelas Rozita Che Wan hari ini. 

Meneruskan penjelasan , Rozita memberitahu gambar bogel itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yg menyerupai wajahnya.


Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.

Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yg cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.

Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya, jelasnya.

Difahamkan, gambar bogel Rozita Che Wan tersebut telah pun disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.

Malah, wanita yg berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana wajahnya menyerupai Rozita Che Wan.

 


View the original article here

Friday, 3 October 2014

Rozita Che Wan Bersedia Anak Berlakon Iklan


Pelakon Rozita Che Wan sedia menerima tawaran mana-mana pihak yang ingin mengambil bayi perempuannya yang dijangka bakal dilahirkan November ini untuk terlibat dalam sebarang aktiviti periklanan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 41, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan anaknya di bidang seni dari awal lagi kerana menyifatkan ia satu rezeki simpanan masa depan.






"Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni.

"Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak," katanya.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain di restoran Marmalade, Bangsar Village 2, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Rozita berkata,dia teruja menantikan kelahiran anaknya dan sudah pun membuat segala persiapan buat bayi yang bakal lahir itu.



Rozita tampak anggun walaupun sedang sarat mengandung. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

"Saya harap sangat semuanya berjalan dengan lancar. Sebelum bersalin nanti saya juga akan mengamalkan minum air bunga akar Fatimah. Ia bertujuan bagi memudahkan proses kelahiran nanti," ujarnya.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Mengenai program realiti Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, ia bakal bersiaran bermula 1 Disember depan menerusi saluran Astro Ria (104).

Program itu memaparkan perubahan fasa hidupan Rozita dan Zain dalam persediaan menimang cahaya mata.




"Tengoklah nanti gelagat kami dalam membuat persiapan menantikan kelahiran anak.

"Zain yang paling teruja dan lihatlah betapa kami beria menghias katil anak, dah macam sarung baju pula," selorohnya.

Pada pelancaran Pureen Chak Chak Che Ta & Zain, turut hadir Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad dan Pengurus Besar Summit Company (Malaysia) Sdn Bhd, L.H Ong.

View the original article here

Thursday, 2 October 2014

Di Sekitar Kemeriahan 'Baby Shower' Rozita Che Wan, Zain Saidin



Tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum Rozita Che Wan & Zain Saidin menerima orang baru dalam hidup mereka dan nampaknya untuk menyambut kelahiran cahayamata baru ini kelak, mereka berdua telah diraikan dalam satu majlis baby shower baru baru ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh jurugambar SYS Image, ternyata kemeriahan di majlis tersebut yang bertemakan serba putih apabila tetamu & hiasan serta deko di majlis itu juga serba putih. Manakala Rozita Che Wan memakai busana berona kuning lembut.






Rozita Che Wan terutamanya tampak berseri seri sepanjang majlis berlangsung dan pasangan ini dihujani dengan hadiah dari tetamu yang hadir terdiri dari ahli keluarga dan rakan terdekat. Pasti ramai yang tidak sabar menanti kelahiran bayi sulung pasangan ini ‘kan?





View the original article here