Showing posts with label Zafuan. Show all posts
Showing posts with label Zafuan. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

OH ARTISKU!! Aidil Zafuan & Zarema "BABYMOON" Di Legoland


Siapa tak kenal dengan Aidil Zafuan, bekas suami Rita Rudaini. Kini beliau sangat bahagia bersama isteri barunya Zarema. Mereka juga sekarang sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung.

Tidak. Kami bukan nak cerita mengenai tuntutan nafkah anak-anak oleh bekas isterinya, Rita Rudaini. Itu kami akan update perkembangannya kemudian apabila ada sebutan kes.

Kali ini kami nak kongsikan dengan anda semua saat-saat indah Aidil Zafuan dan isteri kesayangannya, Zarema Zainal yg sedang menikmati ‘babymoon’ mereka.

Apa yg lebih menarik, menerusi foto-foto yg kami terima, mereka bukan pergi berdua sahaja.

Tapi turut disertai pasangan selebriti yg tak kurang meletupnya iaitu Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kata kembar, kemana pun mesti nak bersama. Hehe.



Bukan main seronok mereka semua di sana ya. Tengok macam ibu bapanya pula yg excited berbanding anak-anak kecil Ayu dan Zaquan.

Mana taknya, bila ada masa free macam ini lah mereka nak merapatkan hubungan kan. Kalau tak, mesti Aidil dan Zaquan sibuk beraksi di atas padang je. Apa tunggu lagi, jomlah kita intai apa lagi aktiviti yg mereka buat di Legoland.
Aidil bukan sahaja pergi bersama isteri tercinta tetapi dengan kembarnya Zaquan. Bercuti satu-satu Malaysia katakan bila lagi nak bercuti dengan isteri tersayang. Jangan cemburu ok. Layan









 


View the original article here

Monday, 13 October 2014

GOSIP Aidil Zafuan Hilang Sabar Dengan Rita Rudaini

Isu yg terjadi di antara pelakon, Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil masih lagi hangat diperkatakan walaupun sudah lama.

Jika sebelum ini kita asyik mendengar cerita di sebelah Rita, kini kami bawakan cerita di sebelah Aidil pula.



Aidil baru-baru ini telah memuat naik beberapa gambar di Instagram beliau bertujuan menceritakan cerita sebenar di sebelahnya pula.

Gambar-gambar yg dimuat naik oleh Aidil merupakan bukti pemindahan duit kepada akaun Rita, mesej-mesej yg dihantarnya kepada Rita untuk menanyakan soal anak-anaknya dan juga keratan akhbar yg mana Rita telah menuduhnya.






Mesej yg dihantar oleh Aidil kepada Rita Rudaini.

Tak tahulah belah mana yg benar sekarang ni. Tapi yang kami tahu, Tuhan itu maha mengetahui. Siapa yg tabur fitnah keatas siapa, jawablah kat akhirat nanti

 


View the original article here

Friday, 3 October 2014

Rita Rudaini Dakwa Gaji Aidil Zafuan RM50,000 Sebulan



Sebelum ini, ada juga cakap cakap mengatakan yang tuntutan naflah tertunggak yang dibuat Rita Rudaini sejumlah lebih RM300,000 sebagai melampau dan Aidil Zafuan sendiri dalam satu kenyataan berkata ianya sebagai mengarut.

Terbaru, Rita Rudaini mendedahkan yang bekas suaminya itu menerima pendapatan bulanan atau gaji sebanyak RM50,000 sebulan dan sebenarnya mampu untuk membayar tunggakan nafkah seperti mana yang dituntut pihaknya.






“Beliau (Aidil) pernah memaklumkan kepada saya bahawa dia memperoleh pendapatan lebih daripada RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Darul Takzim (JDT) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)”

“Oleh kerana defendan (Aidil) mempunyai pendapatan besar, beliau mampu memiliki kereta mewah iaitu Mercedes CLS350 dan motosikal berkuasa tinggi Ducati Monster,” katanya.

Rita Rudaini turut menambah yang Aidil Zafuan gagal membayar sebarang nafkah bermula Januari 2012 sehingga Ogos tahun lalu di mana mereka bercerai dan sepanjang tempoh 20 bulan itu tiada seorang wakil pun dihantar untuk memberikan nafkah.



View the original article here

Tuesday, 17 June 2014

Aidil Zafuan Dituduh Terjun Ke Bidang Lakonan Sebab Nak Bayar Nafkah?

 
Tengah bosan-bosan macam biasalah Murai Batu duk intai-intai, Instagram, Facebook mahupun Twitter, tiba-tiba tersekat di Instagram pemain bola sepak JDT Aidil Zafuan, Murai Batu terkejut!!! Dah jadi pelakon ke mamat ni?

Menerusi gambar kat Instagram tu, Murai Batu tengok si Aidil pakai sut hitam putih dikelilingi abam-abam polis yang sador (tegap atau gagah perkasa) sedang mengawasinya. Murai Batu sedikit ‘konpius’ berlakon filem ke atau tengah ‘shoot’ iklan.

Di kapsyen fotonya itu adalah #TheGlups Murai Batu pun tak pasti apa yang dimaksudkan dengan hashtag tu, tapi di penggambaran itu juga turut kelihatan isterinya Zarema Zainal sekali, sweet kapel sangat.


Tapi peminat-peminat yang komen kat foto tu macam biasalah ada yang sokong, ada yang tak, ada juga yang komen, Zafuan terima tawaran ini sebab nak bayar nafkah kat bekas isterinya Rita Rudaini yang dikatakan tertunggak sampai RM100,000. OPPSSS!!!

Bagi Murai Batu, tak kisahlah apa yang Aidil nak buat, dia nak berlakon ke, nak main bolas sepak ke, nak jadi apa pun, orang kata tanggungjawab jangan dilupakan.

Yelah anak-anak makin lama makin membesar, nak-nak kos sara hidup yang semakin tinggi lagi peninglah dibuatnya.

Apa-apa pun Murai Batu harap, apa pun masalah yang berlaku antara Rita dengan Aidil cepat-cepatlah diselesaikan. Janganlah anak itu dijadikan mangsa. Kasihanilah mereka.murai.com.

View the original article here