Showing posts with label Identiti. Show all posts
Showing posts with label Identiti. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Bunkface Tak Akan Tukar Identiti Untuk Masuk Indonesia


Bunkface tidak akan menukar identiti mereka semata-mata untuk menembusi pasaran Indonesia.

Kumpulan Bunkface tidak akan menukar identitinya sebagai kumpulan yang membawakan muzik punk rock ini semata-mata untuk diterima masuk ke pasaran muzik Indonesia.

Vokalisnya, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, negara jiran tersebut sukar menerima aliran muzik yang dibawa kumpulan mereka jika tidak mengikut beberapa syarat tertentu.






"Kalau ingin diterima di Indonesia kami perlu duet dengan artis negara itu, tahu berbahasa Indonesia dan tinggal di sana.

"Namun, kami tidak akan tukar cara dan identiti Bunkface semata-mata untuk masuk pasaran negara Indonesia, kalau mereka mereka tidak boleh terima tidak apa," ujarnya kepada mStar Online.

Sam berkata, mereka sudah beberapa kali mengadakan persembahan dan menyertai acara besar di negara tersebut sejak akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, ia masih belum berjaya mendapat tempat dan menarik pendengar daripada negara itu.

"Akhir tahun lalu kami sudah cuba beberapa kali mengadakan persembahan di Hard Rock Jakarta dan di Makasar serta beberapa karnival yang besar, namun ia seperti salam perkenalan.

"Mereka suka tetapi mereka tidak panggil kami semula untuk persembahan," ujarnya.

Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).

Dalam pada itu, Sam berkata, dia berharap dengan bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music mampu memberi peluang kepada kumpulan tersebut menembusi pasaran luar.

Jelasnya, impian untuk menembusi industri muzik luar sememangnya merupakan cita-cita setiap anak seni.




"Siapa tidak mahu pergi pasaran luar, namun buat masa ini kami rasa peminat kami kuat di sini. Insya-Allah selepas berada bawah Sony Music ini kami dapat lebarkan sayap di negara luar," ujarnya.

Bunkface yang baharu sahaja melancarkan album kedua mereka berjudul Malam Ini Kita Punya berharap album tersebut diterima oleh peminat.

Sementara itu, kata Sam, mereka bakal mengadakan konsert jelajah universiti sempena mempromosi album tersebut.

"Sempena mempromosi album ini kami akan adakan mengadakan konsert jelajah universiti yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

"Kita tahu kekuatan peminat ramai di universiti sebab itu kami pilih untuk buat persembahan di sana," ujarnya.

View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Ribbit, Kisah Pengembaraan Si Katak Yang Mengalami Krisis Identiti



Filem: Ribbit

Pengarah: Mamat Khalid (versi Bahasa Melayu), Chuck Power (versi Bahasa Inggeris).

Pelakon: Johan Raja Lawak (Ribbit), Elfira Loy (Siti), Awie (Kulup), Dato’ Aznil Hj Nawawi (Mat Rompi), Izzue Islam (Labah-Labah), Adam AF (Balan), One Forteen (Dukun Istana), Jihan Muse (Milah).

Terbitan : KRU Studios (Kartun Studios Sdn Bhd)

Tayangan : 4 September 2014






Ulasan Penulis :

Filem animasi pertama terbitan KRU Studios menerusi anak syarikat mereka yang ke-11 iaitu Kartun Studios Sdn Bhd sememangnya sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Malah Filem ini juga telah memenangi anugerah ‘Filem Keluarga Terbaik’ semasa tayangan perdana Dunia di Niagra Integrated Film Festival (NIFF) 2014 yang berlangsung di Canada pada 21 Jun 2014.

Diterajui oleh pengarah berpengalaman iaitu Mamat Khalid (untuk versi Bahasa Melayu) telah membuatkan filem adaptasi ini kelihatan sungguh menarik dan tidak membosankan selain visual dan kualiti gambarnya yang agak memuaskan.

Dari segi karakter pula, watak Ribbit yang menggunakan suara pelawak terkenal iaitu Johan sememangnya pilihan yang tepat kerana gaya dan penyampaiannya lebih kepada aksi spontan yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Contohnya babak Ribbit yang melatah dan panik ketika bertemu dengan seekor buaya ganas iaitu Balan semasa pengembaraannya mencari tuan puteri.


Ribbit dan Siti sedang menenangkan Balan si buaya ganas

Sedikit kelainan yang diberikan menerusi filem Ribbit ini ialah apabila setiap haiwan yang ditemui Ribbit akan bertutur dalam bahasa yang berlainan.

Antara babak yang menarik perhatian penulis ialah apabila Ribbit bertemu dengan tiga ekor anak harimau yang nakal bertutur dalam loghat utara dan juga seekor labah-labah jahat yang bertutur dalam loghat Kelantan.



Ribbit bersama tiga ekor anak harimau yang bertutur dalam bahasa utara. Comelkan?

Apa yang lebih mengujakan ialah filem ini memaparkan keindahan hutan Amazon sebagai latar belakang yang mampu membuatkan penonton terpukau.

Kehebatan ‘Ribbit’ juga terletak pada kredibiliti pelakon-pelakonnya yang berjaya membawakan suara mereka menyamai watak-watak yang diberikan. Sebagai contoh babak Siti yang menggunakan kelembutan suara Elfira Loy yang cuba memujuk Ribbit supaya tidak meneruskan hasratnya untuk meninggalkan tempat tingal mereka cukup menjadi.

Bagi penulis, filem ini secara keseluruhannya hebat dan penuh dengan aks lucu dan mendebarkan selain nilai-nilai murni yang diterapkan sesuai untuk tontonan seisi keluarga.




Sinopsis:

‘Ribbit’ mengisahkan tentang seekor katak yang mengalami krisis identiti menggembara di hutan dalam pencarian hala tuju hidupnya yang sebenar.

Walaupun pelbagai halangan dan dugaan yang menimpnya bersama rakan baiknya iaitu Siti namun itu tidak mampu menghalang semangat Ribbit untuk meneruskan niatnya.

Adakah Ribbit mampu mengubah kehidupannya setelah bertemu dengan puteri?

Apakah yang bakal terjadi kepada mereka?

Jangan lupa saksikan filem animasi ini dipawagam berhampiran bermula 4 September 2014 di pawagam berhampiran dan bakal diedarkan dalam format Stereoscopic 3D di pawagam-pawagam terpilih.

Sebelum itu jom saksikan sedikit sedutan filem ini di bawah:


View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

MESTI TENGOK! Identiti Model Pasangan Separuh B0gel di Ipoh kini Didedahkan


Semalam, kita digemparkan mengenai isu pasangan yang mengambil gambar di bandaraya Ipoh dengan pakaian yang separa b0gel. Maklumat terkini telah pun diperolehi mengenai model yang mengambil gambar separa b0gel di Ipoh. Pihak berkuasa telah mengesan dan bakal mengambil tindakan pada model berkenaan. Perbuatan sebegini adalah salah dan telah melanggar tatasusila sebagai Rakyat Malaysia. Jom kita kenali pasangan ini di bawah :




View the original article here

Identiti Sebenar Gadis Yang Maut Bukanlah Aliaa Majida

Identiti Sebenar Gadis Yang Maut Bukanlah Aliaa Majida | Sebelum ini admin ada menyiarkan artikel Aliaa Majida iaitu gadis Mesir yang alirkan darah haid diatas kalimah Allah.

Identiti Sebenar Gadis Yang Maut Bukanlah Aliaa Majida

Bagaimanapun, admin mengakui bahawa gambar wanita yang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut adalah orang lain iaitu berlaku di San Paolo, Brazil pada tahun 2008 dan bukannya di Mesir.

Untuk info, maklumat yang kami diperolehi menerusi sebuah website dan laman sosial adalah palsu dan tidak benar.


Gadis yang menghina Kalimah Allah ini sebenarnya masih hidup dan setakat ini belum ada maklumat terbaru yang diterima mengenainya.

Mohon maaf diatas kesilapan tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak tepat. Kami akan berusaha untuk memperbaiki lagi mutu penulisan blog ini di masa akan datang. Terima kasih.

sumber
google

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Tekken 2: Misi mencari identiti



BAGI kaki-kaki permainan video, permainan Tekken barangkali tidak lagi asing buat anda dan anda pastinya mengenali dan memahami setiap pergerakan permainan ini.

Setelah menemui penonton menerusi filem Tekken pada 2009, kini filem yang sekali lagi diadaptasi daripada permainan video berjudul sama ini kembali dengan Tekken 2: Kazuya’s Revenge.

Filem ini mengisahkan tentang jin yang terseksa akibat menghidapi penyakit amnesia dan dia mencuba untuk selidik siapa dirinya yang sebenar dan dalam masa yang sama telah dirinya telah diculik oleh satu organisasi penjenayah.






Keseluruhannya, filem ini adalah mengenai kisah balas dendam, mencari identiti dan aksi-aksi yang cukup mengagumkan.

Namun pada pandangan penulis, filem ini mungkin hanya akan mendatangkan keterujaan kepada peminat permainan video ini sahaja tetapi tidak pada peminat filem aksi atau filem seni mempertahankan diri.

Biarpun sarat dengan aksi-aksi pertarungan yang cukup mencemaskan, filem yang diarahkan oleh Wych Kaosayananda dan membariskan barisan pelakon seperti Kane Kosugi, Kelly Wenham, Cary Tagawa, dan Gary Daniels, tidak banyak bezanya dengan filem Tekken yang pertama.



Walaupun filem ini menampilkan hampir 99.9 peratus aksi pertarungan, ia belum cukup kuat untuk mengikat penonton supaya setia sepanjang tayangan kerana aksi pertarungan ditonjolkan agak lemah biarpun secara relatif ia lebih sempurna berbanding filem Street Fighter - Legend Of Chun Li, DOA mahupun Mortal Kombat.

Perbandingan pelakon

Cuma dari segi lakonan, Kane Kosugi nampak lebih berjaya menghayati jalan cerita filem ini berbanding pelakon Tekken yang pertama iaitu Jon Foo.

Barangkali kerana berdarah Jepun dan China membuatkan pemilihan dilihat lebih tepat, lebih-lebih lagi berkaitan rupa dan bentuk badan.

Malah lakonannya juga dilihat lebih hidup dan dia kelihatan garang bila membabitkan babak aksi.

Paling berkesan adalah kecelaruannya dalam mencari identiti yang sebenar.




Boleh dijangka

Selain itu, jalan ceritanya klise dan kurang memberi kesan, malah keghairahan mula hilang apabila dapat mengagak setiap pergerakan serta kesudahan cerita yang tidak tidak jauh berbeza dengan mana-mana kisah pembalasan dendam.

Pendek kata, tiada kejutan yang boleh dijangka daripada filem ini, namun apa yang penulis boleh katakan, Tekken 2 digarap lebih baik berbanding Tekken.

Dengan pengekalan beberapa pelakon lama di samping pelakon baru, filem ini barangkali akan menimbulkan keterujaan bagi mereka yang pernah bermain permainan video filem ini.

View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

Siti Saleha Dedah Identiti Kekasih

Pelakon jelita, Siti Saleha mendedahkan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka berusia 27 tahun yang berasal daripada Portugal.



Enggan mendedahkan nama sebenar kekasihnya itu, Saleha mengakui buah hatinya yang berkerja di dalam bidang kewangan itu sebenarnya seorang yang sangat pemalu dan enggan tampil di khayalak ramai.

"Saya sebenarnya bukan nak sorok kekasih daripada pengetahuan para peminat kerana teman lelaki saya merupakan seorang yang sangat 'low profile', tak mahu gambarnya dirakamkan dan sangat pemalu orangnya," ujarnya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013), Sabtu lalu.

Dalam pada itu, aktres berusia 24 tahun itu turut membuat kejutan apabila memenangi anugerah Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada majlis berprestij itu yang diadakan di PICC, Putrajaya pada Sabtu lalu.

"Saya tidak sangka akan menang dua anugerah sekaligus, lagi-lagi untuk kategori pelakon filem kerana saya baru berlakon hanya tiga buah filem sahaja," katanya yang menyangkakan kemenangan akan berpihak kepada Nora Danish.

Sementara itu, Saleha meluahkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T dan ingin mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa menyokong karier lakonannya.

Ditebak mengenai kemungkinan bayaran lakonannya kemungkinan akan melonjak tinggi selepas kejayaan berganda ini, Saleha menafikan perkara tersebut.

"Saya tidak akan 'demand' banyak sangat kerana saya amat teliti dalam pemilihan watak dan skrip dan memilih berdasarkan kualiti daripada kuantiti,"jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Saleha bakal menemui anda di kaca televisyen dengan drama berjudul "Manis" dan bakal berlakon di samping Aaron Aziz di dalam sebuah telemovie raya berjudul "Nak Balik Raya". -My.entertainment.yahoo.com