Showing posts with label Songsang. Show all posts
Showing posts with label Songsang. Show all posts

Tuesday, 7 October 2014

Petua mengalih posisi bayi songsang


Ia mungkin akan mengecewakan sekiranya anda tahu bahawa bayi anda menghadap arah yang salah ketika dalam kandungan. Tetapi, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia tidak semestinya menjalani pembedahan Caesarean kelak. 
Apakah itu kelahiran songsang?
Kelahiran songsang adalah apabila punggung atau kaki bayi anda keluar melalui bukaan rahim anda bertentangan dengan kebiasaan di mana ia sepatutnya didahului dengan kepala. Terdapat beberapa jenis posisi songsang : 
• Jelas – punggung di bawah dan kaki terbengkok / tertletak di hadapan muka. 
• Penuh – bayi anda duduk bersila. 
• Ringan – satu atau dua lutut / kaki bayi anda berada pada kedudukan paling dekat dengan bukaan rahim. 
Memusingkan bayi anda
Sekiranya awal-awal lagi anda telah mendapati bahawa bayi anda berkedudukan songsang, anda mungkin boleh mengembalikan bayi anda kepada kedudukan normal. Pakar obstetrik akan cuba untuk memusingkan posisi bayi anda supaya kepalanya berada di bahagian bawah pada minggu ke 37-40. Proses ini digelar external cephalic version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik anda. Teknik ini biasanya berkesan dalam dua pertiga kes, walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran pertama. 
Perkara untuk dicuba di rumah 
Terdapat beberapa perkara yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
        1. Luangkan banyak masa dalam posisi merangkak. Dengan melakukan aktiviti ini, graviti akan menarik kepala bayi ke bawah. Bacalah majalah atau suratkhabar dalam posisi merangkak setiap hari. 
        2. Gerakan lembut ke hadapan. Pergerakan ini dapat melebarkan bukaan pelvik dan membantu bayi anda berpusing. 
        3. Papan pengalas seterika. Berbaring di atas papan atau papan pengalas seterika yang diletakkan pada sudut 45 darjah, kepala di bahagian bawah dan lutut dibengkokkan selama 15 minit. Lakukan tiga kali sehari. Graviti akan menggalakkan pergerakan bayi anda terhadap bahagian atas uterus dan berpusing ke bawah. 
        4. Panas dan sejuk. Letakkan pek ais pada bahagian atas uterus anda dan letakkan pula pek yang berisi air suam di bahagian bawah. Bayi anda akan cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba.
        5. Menyanyi dan bercakap. Rakamkan suara anda menyanyi dan bercakap kepada bayi anda. Mainkan ia berulang kali dengan menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi anda untuk bergerak mendekati suara anda. Sekiranya anda telah mencuba kesemua teknik di atas dan masih tidak berhasil membetulkan posisi bayi anda, kemungkinan besar anda akan ditawarkan untuk melahirkan bayi anda melalui pembedahan Caesarean.

View the original article here

Thursday, 4 September 2014

MESTI TENGOK! Anda Semua Pasti Terkejut dengan Keinginan songsang Perempuan Bertudung ini



Laman sosial sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia pada zaman ini, tidak kiralah dari pada yang muda sampai ke sudah tua. Laman sosial sememangnya memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan anak muda pada zaman sekarang. Namun begitu peristiwa kali ini sangatlah menyedihkan admin.


Kali ini penulis ingin kongsikan satu status daripada seorang gadis melayu yang dilihat agak tidak sesuai untuk dikongsikan di laman sosial. Status di ambil daripada satu post di sebuah group di laman Facebook. Status ini dilihat agak selamba dan terlalu bersahaja dibuat oleh pengguna tersebut tanpa memikirkan kesannya kepada mereka yang lain. Agak-agak apakah respons anda semua?


Mungkin dia ada maksudnya tersendiri di sebalik status tersebut, namun tidak sesuai kerana boleh mencetuskan pemahaman yang salah begitu. Semoga adik ini mendapat hidayah daripada Allah SWT

View the original article here

Monday, 2 June 2014

[ Gempar ] Pelakon lelaki " Gay " jalin hubungan songsang di London ?



Bukan main lagi seorang pelakon dan pengacara lelaki ini di tempat orang. Di Malaysia punyalah dia menjaga nama baik di sebalik imej islamik, tapi nampaknya dia menggunakan peluang berada di luar negara untuk menyerlahkan keperibadiannya yang sebenar.
Sebentar tadi kami menerima email daripada sumber-sumber terapat mendakwa seorang selebriti yang pernah mengacara sebuah rancangan suatu ketika dahulu dikhabarkan ligat mengunjungi beberapa kelab malam di London dan ada antaranya untuk golongan LGBT.
Sumber-sumber mengatakan, pelakon tersebut tidak keseorangan sebaliknya ditemani oleh seorang pelajar Malaysia di sana yang juga seorang lelaki.
Difahamkan, pelajar lelaki terbabit terserempak dengan pelakon ini di London pada bulan November tahun lepas sewaktu pelakon tersebut sedang menikmati makan malam.
Selepas bertegur sapa, si pelakon mempelawa pelajar berkenaan menemaninya bersiar-siar sepanjang berada di sana dan seterusnya terbawa hingga ke bilik pula.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga dikatakan saling berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp apabila pelakon tersebut pulang ke Malaysia dan antaranya berbaur lucah.
Tambah sumber lagi, pelakon tersebut turut mengirim sekeping gambar alat sulit untuk tatapan pelajar tersebut.
Walaupun seksualiti pelakon itu pernah diragui suatu ketika dulu, namun selebriti ini bijak mengaburi pandangan peminat dengan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang berubah ke arah kebaikan.Credit Oh bulan 

View the original article here

Wednesday, 28 May 2014

ISU DAKWAAN AMALAKAN HIDUP SONGSANG IQRAM DINZLY TAMPIL MEMBERI JAWAPAN!!!

Kasihan juga menjadi Iqram Dinzly. Kalau dulu dikaitkan dengan selebriti wanita seperti Fouziah Gous dan Soo Wincci, kini Iqram didakwa menjalinkan hubungan songsang dengan seorang pelajar di UK. Malah lebih teruk lagi, Iqram juga didakwa menghabiskan masa di sebuah kelab gay ketika menjalani penggambaran di London. Lebih teruk, mesej-mesej berbaur hubungan songsang antara Iqram dan pelajar tersebut telah tersebar luas dan menyebabkan orang ramai mempersoalkan orientasi seksual pelakon ini.
Memang agak menggelikan juga sekiranya mesej-mesej yang dihantar oleh mereka berdua ini benar-benar dimaksudkan sedemikian rupa. Namun hari ini menerusi akaun Instagramnya, Soo Wincci telah tampil menjelaskan yang mesej-mesej berbaur hubungan songsang ini adalah “dare” atau cabaran daripada dirinya buat Iqram dan pelajar tersebut. Fuh~~ Cabaran macam ini pun ada jugak.
Malah Iqram juga menerusi Mstar Online membuat penerangannya sendiri dan melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan sebegini. Kata Iqram:-

Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja.

Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa? Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula. Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar

Senang je nak selesaikan masalah sebegini. Iqram Dinzly kena cepat-cepat kahwin dan buktikan bahawa dirinya adalah lelaki normal. Lain kali di masa hadapan, janganlah buat “dare” sebegini lagi. Kalau yang tak masuk akal dan boleh merosakkan masa depan sendiri, baik fikir 2,3 kali sebelum buat. Tak pasal-pasal timbul kontroversi sebegini. Semoga ia jadi pengajaran buat Iqram.SUMBER

View the original article here

Iqram Terkejut Dituduh Jalin Hubungan Songsang

type='html'>
PETALING JAYA – Pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu.


Iqram, 33, yang terkejut apabila isu hubungan songsang membabitkan dirinya sekali lagi menjadi isu, sedangkan dia langsung tidak terlibat dengan perilaku tersebut bagaimanapun mengakui berkunjung ke kelab malam di United Kingdom itu sekadar untuk melihat suasananya.

“Mungkin ada pihak yang mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

“Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sebuah laman blog pada Isnin mendedahkan seorang pelakon lelaki (dituju kepada Iqram) dikatakan mengunjungi beberapa kelab malam di London.

Iqram yang ketika itu ditemani seorang pelajar lelaki rakyat Malaysia didakwa menjalin hubungan songsang.

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berbau lucah kononnya ia adalah mesej perbualan antara Iqram dan pelajar tersebut.

Sementara itu, Iqram menyifatkan ia sebagai satu gosip lucu dan enggan mengambil serius mengenai perkara itu.

“Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa?

“Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

“Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula.

“Apa-apapun, yang penting keluarga faham siapa saya yang sebenar,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Iqram baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama di bawah produksi Shawana Productions iaitu Kalau Hati Ini Rama-Rama dan Cinta Meniti Starimost.

Selain itu lakonan Iqram juga bakal muncul menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 yang akan ditayangkan pada September depan. -mStar Online


View the original article here