Showing posts with label Tukar. Show all posts
Showing posts with label Tukar. Show all posts

Monday, 6 October 2014

Bunkface Tak Akan Tukar Identiti Untuk Masuk Indonesia


Bunkface tidak akan menukar identiti mereka semata-mata untuk menembusi pasaran Indonesia.

Kumpulan Bunkface tidak akan menukar identitinya sebagai kumpulan yang membawakan muzik punk rock ini semata-mata untuk diterima masuk ke pasaran muzik Indonesia.

Vokalisnya, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, negara jiran tersebut sukar menerima aliran muzik yang dibawa kumpulan mereka jika tidak mengikut beberapa syarat tertentu.






"Kalau ingin diterima di Indonesia kami perlu duet dengan artis negara itu, tahu berbahasa Indonesia dan tinggal di sana.

"Namun, kami tidak akan tukar cara dan identiti Bunkface semata-mata untuk masuk pasaran negara Indonesia, kalau mereka mereka tidak boleh terima tidak apa," ujarnya kepada mStar Online.

Sam berkata, mereka sudah beberapa kali mengadakan persembahan dan menyertai acara besar di negara tersebut sejak akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, ia masih belum berjaya mendapat tempat dan menarik pendengar daripada negara itu.

"Akhir tahun lalu kami sudah cuba beberapa kali mengadakan persembahan di Hard Rock Jakarta dan di Makasar serta beberapa karnival yang besar, namun ia seperti salam perkenalan.

"Mereka suka tetapi mereka tidak panggil kami semula untuk persembahan," ujarnya.

Selain Sam, kumpulan Bunkface turut dianggotai oleh Youk (Farouk Jafaar) dan Paan (Ahmad Farhan).

Dalam pada itu, Sam berkata, dia berharap dengan bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music mampu memberi peluang kepada kumpulan tersebut menembusi pasaran luar.

Jelasnya, impian untuk menembusi industri muzik luar sememangnya merupakan cita-cita setiap anak seni.




"Siapa tidak mahu pergi pasaran luar, namun buat masa ini kami rasa peminat kami kuat di sini. Insya-Allah selepas berada bawah Sony Music ini kami dapat lebarkan sayap di negara luar," ujarnya.

Bunkface yang baharu sahaja melancarkan album kedua mereka berjudul Malam Ini Kita Punya berharap album tersebut diterima oleh peminat.

Sementara itu, kata Sam, mereka bakal mengadakan konsert jelajah universiti sempena mempromosi album tersebut.

"Sempena mempromosi album ini kami akan adakan mengadakan konsert jelajah universiti yang akan dimulakan dalam masa terdekat.

"Kita tahu kekuatan peminat ramai di universiti sebab itu kami pilih untuk buat persembahan di sana," ujarnya.

View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Artis Ini Lakukan Pembedahan Tukar Jantina Pada Usia Paling Muda Di Dunia

Kim Petras (lahir 27 Ogos 1992) adalah seorang penyanyi / penulis lagu dari Jerman yang mencipta elektronik muzik tarian pop dan pelbagai gaya Cappella a. Beliau telah menjadi subjek laporan media di seluruh dunia yang luas berita sejarah penukaran jantina perubatan beliau dalam konteks usia paling muda.

Kim Petras dilahirkan Tim Petras pada 27 Ogos 1992 Ibu bapanya, Lutz dan Konni, telah mengatakan bahawa dari umur dua tahun, dia mula menunjukkan gaya seorang perempuan. Ia semakin menjadi jelas, dia memakai pakaian jantina neutral di khalayak ramai.

Penyanyi pop - dilahirkan dengan nama Tim Petras- terkenal di Jerman memulakan terapi gantian hormon sebagai sebahagian daripada peralihan jantinanya pada usia 12 tahun. Dan pada usia 16, melakukan Pembedahan menukar jantina pada bulan November.





View the original article here

Friday, 3 October 2014

FAKTA - Wanita Kelihatan Lebih Seksi Ketika Tukar Tayar Kereta Sendiri



Wanita memandu kereta itu sudah biasa, tapi bila wanita boleh menukar tayar keretanya sendiri, itu baru luar biasa. Dan ternyata wanita yang boleh menukar tayar keretanya sendiri itu dianggap sebagai wanita seksi.

Paling tidak itulah yang terungkap dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh pengeluar tayar Continental.

Lebih dari setengah (59 peratus) pemandu lelaki mengatakan bahawa jika mereka melihat seorang wanita mengganti tayar, mereka pasti akan menawarkan bantuan.

Sementara 15 peratus yang lain mengatakan mereka akan berhenti dan menawarkan nombor kenalan mereka daripada membantu.

Tapi, satu perempat daripada responden ternyata memilih tidak akan berhenti untuk membantu, kerana bimbang hal itu mungkin perangkap dari penjahat.

Dan sebahagian besar pemandu lelaki yang disurvei mengatakan ada keseksian dari wanita yang boleh menukar tayar kereta sendiri.

Sumber: oto.detik.com

View the original article here