Showing posts with label meninggal. Show all posts
Showing posts with label meninggal. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

KISAH BENAR SEDIH.. Kisah Gadis 13 Tahun Bertahan Hidup Selama 3 Hari Di Celah Runtuhan Sebelum Meninggal Dunia...






Sebuah kisah tentang kematian daripada seorang gadis , yg menjadi mangsa selepas berlakunya gempa dahsyat yg berlangsung pada tarikh 13 November 1985 , di Armero , Columbia .



Omayra Sanchez adalah seorang gadis cilik berusia 13 tahun yg tinggal di Armero , sebuah bandar kecil yg berpenduduk sekitar 31.000 orang.



Pada tarikh 13 November 1985 , bandar Armero yg kecil dan tenang , digoncang oleh letusan gunung berapi Nevado Del Ruiz . Saat meletus , gunung Nevado Del Ruiz menghasilkan gegaran hebat , yg meruntuhkan ribuan bangunan di Armero , dengan muntahan lahar panas , yg mengalir ke kaki gunung , membakar habis kawasan yg ditimpa aliran larva, termasuk bandar Armero yg berada di kaki gunung Nevado Del ruiz.



Malam saat bencana terjadi , Omayra yg tinggal bersama keluarganya , dikejutkan oleh kejutan dahsyat, dan melalui siaran radio mereka mendengar bahawa lahar panas sedang mengalir menuju ke tempat mereka. Semasa pelarian menyelamatkan diri, nenek Omayra terjatuh kedalam lubang saluran air . Omayra berhenti untuk menolongnya . Malang bagi gadis ini , setelah menolong neneknya , kakinya tersepit runtuhan bangunan , sehingga tidak boleh bergerak keluar .



Pasukan penyelamat yg datang tidak dapat menariknya keluar dan memerlukan jentera untuk mengalih sisa runtuhan, dan di saat itu air mula mengalir keluar dari lubang saluran air. Bebarapa sisa runtuhan semakin menghimpit Omayra , keluarga dan beberapa penduduk menemaninya sambil menunggu pasukan penyelamat yg membawa peralatan yg boleh mengangkat sisa runtuhan yg menghimpitt Omayra .



Selama tiga hari pasukan penyelamat tidak kunjung tiba, air telah meningkat hingga paras leher Omayra , selama itu , siang dan malam , orang - orang di sekitarnya berusaha menguatkannya dengan menghiburnya, mengajaknya bernyanyi , dan membantunya mengatasi ketakutan .



Pada hari ketiga , masih tersepit dalam runtuhan dan dalam rendaman air separas leher , Omayra mula berhalusinasi ia berkata bahawa ia terlambat untuk pergi ke sekolah. Tidak berapa lama kemudian ia meminta orang - orang di sekitarnya untuk meninggalkannya agar ia dapat berisitirahat .



Tak lama kemudian ia meninggal akibat gangrene pada lukanya , dan juga hypothermia akibat terendam air selama berhari - hari .



Televisyen yg datang untuk membuat liputan gempa , juga menyiarkan liputan mengenai keadaan Omayra , ke seluruh dunia . Gambar yg anda saksikan diambil sebelum ia meninggal , dan disiarkan tidak lama setelah ia meninggal . Cristina Echandia seorang wartawan mengatakan, untuk seorang anak seusianya , Omayra cukup tabah menghadapi keadaannya, hingga ajal menjemputnya.










 


View the original article here

TERKINI!!! Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia



MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.

Memetik laporan Aran News, beliau dinamakn sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.

Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkn kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.

View the original article here

Monday, 13 October 2014

Kisah Benar Pasangan Meninggal Kemalangan Ngeri Ketika Sedang Bermukah...

Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yg telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yg dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yg terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.
Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yg terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yg tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yg terselamat. Tetapi apa yg mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yg tidak tergambarkan dahsyatnya.
Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yg dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yg seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala. MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.
Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bo gel-sebo gelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berp elukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.
Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zak ar lelaki itu masih di dalam kem aluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yg seorang lagi sedang dalam na zak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy….
mummy…. mummy…… Tangan pemuda yg melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.
Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Jamil Sulong meninggal dunia


Pengarah filem veteran Datuk Jamil Sulong meninggal dunia di rumah anaknya, Anwardi, di Bukit Utama Damansara di sini pada kira-kira 9.30 malam tadi.

Allahyarham berusia 88 tahun.






Anwardi, 55, berkata bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar setelah hampir sebulan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail di sini dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat esok sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang.




Allahyarham telah mengarahkan 26 filem, antaranya, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

Beliau turut menulis lirik beberapa lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita negara Saloma seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan serta Tiru Macam Saya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datuk Rosnani Ludin, 78, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil serta empat anak iaitu Murniaty, 59, Arjunaidi, 56, Anwardi dan Asnadi, 48.

View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Pelawak Joan Rivers meninggal dunia


GEMAR mengkritik, Joan bagaimanapun begitu terbuka bercakap tentang obsesinya terhadap kecantikan dan pembedahan plastik.

SETELAH beberapa hari menggunakan mesin sokongan pernafasan untuk terus hidup, pelawak dan pengkritik fesyen terkemuka, Joan Rivers, 81, akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir pada 4 September lalu. Dia meninggal dunia di Hospital Mount Sinai, Manhattan, Amerika Syarikat (AS).

Pengacara yang cukup terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap pakaian yang dikenakan oleh selebriti itu disahkan meninggal dunia oleh anak perempuannya, Melissa Rivers.






"Berat hati untuk mengumumkan kematian ibu saya, Joan Rivers. Dia meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.17 petang di sisi kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat," ujar Melissa menerusi satu kenyataan.

Melissa turut melahirkan rasa terima kasihnya kepada semua pihak yang terlibat menjaga ibunya sepanjang berada di hospital berkenaan.

"Saya dan anak saya, Cooper ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital yang menjaga ibu saya ketika dia sedang terlantar sakit. Kami berasa sungguh rendah diri dengan rasa kasih sayang, sokongan dan doa yang diterima daripada peminatnya. Terima kasih.

"Sepanjang hayatnya, ibu saya berasa bahagia apabila melihat orang lain ketawa. Walaupun agak sukar untuk dilakukan pada waktu sebegini, namun saya percaya, harapan terakhirnya ialah mahu melihat gelak ketawa itu muncul kembali," ujarnya lagi.

Joan dikejarkan ke Hospital Mount Sinai setelah mengalami serangan jantung ketika menjalani pembedahan membetulkan kotak suaranya di sebuah klinik di New York, AS pada 28 Ogos lalu. Sejak dimasukkan ke hospital itu, dia langsung tidak menunjukkan tanda-tanda untuk sedarkan diri apatah lagi untuk pulih.

Jabatan Kesihatan New York masih menyiasat punca utama yang menyebabkan Joan mengalami serangan jantung ketika sedang melalui prosedur pembedahan pada tekaknya.




Kerjaya dan pembedahan plastik

Sepanjang hayatnya, Joan merupakan seorang yang kuat bekerja. Wanita yang berasal dari Brooklyn, New York itu memulakan kariernya sebagai pengacara rancangan The Tonight Show Starring Johnny Carson kira-kira 50 tahun yang lalu.

"Jika terdapat rahsia untuk menjadi pelawak yang berjaya, apa yang boleh saya katakan ialah cintai apa sahaja yang anda lakukan," tutur Joan menerusi satu temu bual dengan majalah The Hollywood Reporter pada tahun 2012.


SELAIN bertugas sebagai pengkritik fesyen pada majlis karpet merah, Joan dan Melissa turut membintangi sebuah rancangan realiti berjudul Joan & Melissa: Joan Knows Best?

"Itu adalah 'dadah' pilihan saya. Saya tidak memerlukan dadah yang sebenar, saya tidak perlukan minuman keras. Setiap kepuasan yang saya kecapi datangnya daripada momen-momen ketika melakukan persembahan," katanya.

Walaupun kadangkala lawak dan kritikan yang dihamburkan kedengaran cukup keras, namun dia tidak pernah menidakkan obsesinya terhadap pembedahan plastik.

"Saya telah melakukan banyak pembedahan plastik. Mungkin jika saya mati nanti, tubuh badan saya akan didermakan kepada Tupperware (jenama bekas makanan plastik)," katanya berseloroh ketika itu.

Selain itu, Joan dan anaknya, Melissa merupakan pasangan duo yang sering hadir ke majlis-majlis karpet merah berprestij di Hollywood.

Pasangan duo itu terkenal dengan soalan-soalan pedas yang diajukan kepada selebriti. Antara yang paling popular adalah: "Who are you wearing?" (Apa yang anda pakai?) - yang merujuk kepada nama pereka busana yang dipakai oleh selebriti tersebut.

Kemudian, namanya mula dikenali ramai setelah muncul sebagai pengkritik fesyen menerusi rancangan Fashion Police yang disiarkan di saluran hiburan E! bersama Giuliana Rancic, Kelly Osbourne and George Kotsiopoulos pada tahun 2010.

Rakan pengacaranya, Giuliana menerusi kemas kini status Facebooknya berkata, dia tidak mempunyai sebarang kata-kata untuk diucapkan saat menerima perkhabaran sedih itu.

"Tidak ada kata-kata yang mampu untuk menzahirkan rasa kehilangan saya terhadap Joan. Dia merupakan wanita paling lucu dan jujur yang pernah saya kenal.

"Jika saya mengalami hari yang murung, dia mampu untuk menceriakan saya," ujar Giuliana yang sudah hampir 13 tahun bekerja dengan Joan.

Pada masa yang sama, Kelly Osbourne turut melahirkan rasa sedihnya atas kehilangan Joan. Kelly berkata: "Saya berasa sangat sedih atas kematian Joan. Walaupun dia merupakan bos saya, namun saya sering menganggapnya seperti seorang guru, juruterapi, kawan rapat dan nenek. Saya tidak akan melupakannya."

Majlis pengebumian Joan telah berlangsung pada Ahad lalu di Kuil Emanu-El, New York, AS.

View the original article here

Saturday, 7 June 2014

Keadaan Kubur Anda Jika Meninggal Di Makkah

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.

Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.

Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.

Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.

Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui.

Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah….





View the original article here

Thursday, 5 June 2014

Keadaan Kubur Anda Jika Meninggal Di Makkah

Lazimnya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke tanah air masing-masing. Sebaliknya terus dikebumikan di tanah suci Makkah.

Bolehlah dianggap ini sebagai satu peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk disemadikan di Makkah.

Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Makkah, adalah sewaktu mereka sedang mengerjakan ibadah umrah atau ibadah haji.

Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu anda lalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah.

Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda di kemudian hari di sebabkan lokasi kubur anda tidak diketahui.

Gambar-gambar berikut menunjukkan antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah….





View the original article here

Sunday, 1 June 2014

Bekas lelaki paling berat meninggal dunia


Mexico City: Lelaki yang pernah disenaraikan sebagai ‘manusia paling berat di dunia’ meninggal 
kelmarin pada usia 48 tahun.

Manuel Uribe berjaya menurunkan berat badannya kepada 394 kilogram daripada 558 kilogram, 
catatan paling beratnya yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2006.Kematian Uribe 
disahkan oleh pegawai jabatan kesihatan negeri Nuevo Leon.Uribe nmenghabiskan masa 
bertahun-tahun di atas katil di rumahnya di Monterrey kerana tidak berupaya berjalan.
 Foto
URIBE
Menurut pegawai Uribe dimasukkan ke hospital pada 2 Mei lalu kerana degupan jantung tidak 
normal.Dia terpaksa ‘diangkut’ dengan kren ke hospital oleh unit kecemasan dan kakitangan 
pertahanan awam.Punca kematian Uribe belum disahkan, tetapi selain masalah jantung, dia 
juga dipercayai mengalami masalah hati.

Sepanjang hidupnya, dia hanya meninggalkan rumahnya beberapa kali, termasuk pada hari dia 
melangsungkan perkahwinannya dengan Claudia Solis pada 2008.Perkahwinan itu bagaimanapun 
tidak bertahan lama.Uribe montel ketika kanak-kanak dan beratnya lebih 113 kilogram ketika 
dewasa.Bermula 1992, beratnya berat badannya bertambah tanpa dapat dikawal.Sejak musim 
panas 2002, dia hanya hidup di atas katil, bergantung dengan ibu dan kawan-kawan untuk 
memberinya makan dan membersihkannya. - Agensi 


View the original article here