Monday, 10 February 2014

Ini Dia Kekasih Keith Foo



Jom lihat gambar kekasih Keith Foo yg cun & seksi ini. Bertuahnya Keith Foo dapat dia kan? Kekasihnya berasal dari Indonesia. Dikatakan diaorang telah berpisah namun Keith Foo tetap tidak dapat melupakan Kekasihnya ini :)


Lawa tak kekasih dia? jangan jeles ye






Sama Cantik Neelofa dan Adiknya

Neelofa yg ditemui ketika majlis Pelancaran Filem Azura 2012 di Manhattan 5, Berjaya Times Square Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpu, baru-baru ini telah membawa adik & ibu kesayangannya bersama-sama dalam menjayakan majlis itu.

Adik Neelofa ni cantik juga orangnya, kalau masuk dunia seni, confirm bakal ngetop. Semua pakej lengkap, sama seperti kakaknya, Neelofa. Dikhabarkan adik Neelofa ni seorang yg pemalu, mungkin dia tak akan pegi ke dunia seni, namun itu tidak menjadi mustahil kan =).



Neelofa Bersama Adikny


Neelofa Bersama Ibunya


Kisah KJ dan Abang Misai

Bermula daripada sekeping gambar yg dimuatnaik di Twitter menunjukkan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin bermain golf bersama rakan-rakan, seorang pengguna Twitter dengan tweet handle Zainal Amal mengepos status yg amat kasar.


KJ Cabar Maki Depan Muka, Abang Misai Diam Seribu Bahasa

Status itu dipercayai untuk memerli KJ yg bermain golf di saat isu penghinaan video Teresa Kok sedang hangat dibicarakan. Namun tak dapat dinafikan, bahasa yg digunakan sememangnya terlalu keras.


Jadi, tak hairanlah, KJ pun boleh naik angin tapi beliau masih mampu mengawal diri.

Justeru, KJ membalas tweet tersebut dengan meminta Zainal Amal yg dipanggilnya Abang Misai supaya datang & mengucapkan kata-kata tersebut secara berdepan jam 10 pagi semalam.


Bagaimanapun ternyata, Abang Misai tak muncul-muncul & ini disahkan oleh KJ sendiri apabila ada yg bertanya.


Hai Abang Misai, kalau tengok gaya bahasa kat Twitter tu memang pailang habis. Takkan takut nak jumpa depan-depan kot?


Ingatlah, budi bahasa budaya kita. Kalau nak perjuangkan bangsa sekalipun tapi budi bahasa tak ada, apa bezanya kita dengan puak yg kurang ajar tu?

Johan Sudah Insaf Dan Tarik Diri



Johan Raja Lawak atau Muhammad Yazid Lim, 30, mahu menolak dan menyerahkan trofi Artis Komedi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013) sekiranya dia memenangi kategori itu.




Kata Johan, Ebby Yus lebih layak diangkat sebagai juara kerana pelawak itu memiliki bakat serba boleh yg dirasakan wajar untuk diberi pengiktirafan berdasarkan pengalamannya dalam industri hiburan negara.

"Saingan bagi kategori ini boleh dikatakan agak sengit. Kalau anda tanya saya, saya sanggup mengalah. Biarlah dia (Ebby Yus) bersaing dengan tiga finalis lain, barulah gentleman sikit.

"Abang Ebby Yus layak menang pada kali ini kerana dia bukan bermula sebagai pelawak tetapi menempa nama sebagai pelakon & baru tercalon bagi kategori itu," katanya lagi. Selain Johan & Ebby Yus, tiga finalis yang turut dicalonkan bagi kategori itu ialah Zizan Razak, Jep (Sepahtu) dan Rahim (Sepahtu).

Johan pernah membawa pulang trofi bagi kategori Artis Komedi Lelaki Popular pada ABPBH 2011 yg diadakan dua tahun lalu. ABPBH 2013 akan diadakan pada 6 April depan di Genting Highlands, Pahang.

Menurut Johan, dia tidak akan melatah jika gagal mengungguli kategori tersebut kerana anugerah itu tidak penting baginya, tambahan pula dia pernah diumumkan sebagai pemenang untuk kategori berkenaan.

"Saya tak kisah jika menang atau tidak. Jika menang itu satu bonus tetapi jika kalah saya tidak akan melatah. Cukuplah sekadar pernah merasa menang trofi itu sebelum ini,"

Bercerita mengenai pengalaman menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati pada 8 hingga 16 Januari lalu, Johan memberitahu segala urusannya di Tanah Suci itu dipermudahkan Allah.

"Pengalaman di sana semuanya indah. Alhamdulillah segala urusan saya & isteri dipermudahkan Allah. Saya bersyukur kerana dapat mengucup Hajarul Aswad.

"Di sana saya turut berdoa agar hubungan saya, isteri & keluarga terus utuh sehingga ke akhir hayat," katanya.

Tambah Johan, dia juga berasa teruja kerana dapat menjejakkan kaki & melihat sendiri dengan jelas tempat-tempat bersejarah di Mekah & Madinah.

Isu Terkini Zainal Abidin Rawop



Pengulas sukan, Zainal Abidin Abd. Rawop bersetuju membayar nafkah bulanan sebanyak RM4,700 sebulan kepada tiga orang anaknya yg kini di bawah jagaan bekas isteri di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam semalam.




Beliau yg diwakili peguam Syarie, Norhasliza Dzulkepeli memaklumkan demikian kepada Hakim Azmi Aziz selepas mencapai persetujuan bersama berhubung tuntutan nafkah tersebut dengan Kristina Zuhana Kamarolzaman, 43.

Selain itu, pengulas sukan tersebut turut bersetuju untuk menunaikan nafkah tahunan kepada anak-anaknya yg kini berusia 20, 15, dan 12 tahun sebanyak RM7,800 merangkumi perbelanjaan membeli kelengkapan Aidilfri sebanyak RM2,600, Aidiladha (RM500), percutian (RM3,000) & perbelanjaan awal persekolahan (RM1,800).

Kristina Zuhana, 42, memfailkan kedua-dua permohonan itu terhadap Zainal Abidin, 46, pada 4 Februari lalu selepas mereka sah bercerai pada 14 Jun 2012.

Isu Cerai Liza Abdullah Tertangguh



Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur telah menangguhkan sebutan kes cerai pelakon terkenal, Liza Abdullah, 52, dengan suaminya, Zolkifli Abd Rahman, sehingga 24 Februari depan.







Permohonan penangguhan ini dibuat oleh Peguam Syarie, Saadiah Din yg mewakili pelakon itu. Pun begitu, kedua-duanya tidak hadir ke mahkamah.

Untuk rekod, Liza telah memfailkan penceraian pada 8 Januari lalu selepas 26 tahun hidup bersama & dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, & Zulsyahmi Afif, 10.

Sofi Jikan Tunjuk Gangter Di Tempat Awam

Siapa yg tak kenal dengan Sofi Jikan, pelakon yang serasi dengan watak mafia & mempunyai karisma tersendiri.




Sering diberikan watak seseorang yg berlagak pailang dalam filem-filem lakonannya, Sofi nyata berjaya menjiwai karektor hingga mendapat pujian ramai penonton.

Tapi yg tak sedapnya, sikap Sofi dalam lakonan dikatakan terbawa-bawa ke dunia luar.

Menerusi satu status yang dikongsikan di Facebook, Sofi dikatakan sombong, berlagak & mengamuk sampai membuka baju semata-mata kerana isu parkir. Sofi turut didakwa berkata kepada penjaga parkir bahawa dia merupakan pelakon terkenal (superstar).

Benarkah begitu? Maklumlah, status ini cuma cerita sebelah pihak sahaja. Setelah menghubungi Sofi Jikan bagi mendapatkan kepastian, barulah diketahui cerita sebenar.




Tidak menafikan berlaku pertelingkahan antara dirinya dengan penjaga parkir, Sofi bagaimanapun menyifatkan insiden itu berlaku kerana dia tidak dapat menerima hakikat pelakon sepertinya mendapat layanan buruk.

Ceritanya, pada hari kejadian Sofi ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan penjaga parkir berbangsa asing tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

“Saya tidak sekali-kali menyalahkan syarikat penerbitan tetapi diri sendiri yg terlalu sensitif. Bagaimanapun siapa boleh sabar kalau datang sebagai tetamu tapi tidak diberikan parkir sedangkan masih terdapat berpuluh-puluh petak kosong.

“Perkara ini mungkin tidak terjadi jika pekerja itu ada budi bahasa. Jadi saya melayan dia sebagaimana dia melayan saya dahulu,” ujar Sofi.

Penyanyi Bernama BLACK Bakal Bergelar Bapa



Jika sebelum ini Black Hanifah & pasangannya, Naquia Yasirah atau Chira pernah menyatakan hasrat mereka untuk segera menimang cahaya mata selepas berkahwin mungkin menjadi kenyataan.



Baru-baru ini, Black bercerita bahawa dia telah membawa Naquia Yasirah ke hospital untuk pemeriksaan doktor selepas isterinya itu sudah beberapa minggu tidak datang haid.

Namun doktor tersebut tidak dapat memberikan kata putus bahawa ianya disebabkan kehamilan.



"Doktor beritahu mungkin terlalu awal untuk mengesahkan perkara itu & dia menyuruh isteri saya membuat pemeriksaan sekali lagi sebulan dari sekarang”.

“Kami memang sangat teruja untuk menunggu keputusan ini kerana kami sama-sama sukakan kanak-kanak.

Malah ketika mengerjakan Umrah pun kami berdoa agar dikurniakan cahaya mata segera,” ujar Black.

Penyanyi popular ini turut berkata, beliau tidak kisah berapa orang cahaya mata yg bakal dikurniakan kepada dia & isterinya kerana baginya itu adalah pemberian & kurniaan dari Tuhan.

Apa-apa pun kami mendoakan Black & Cira dikurniakan zuriat dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menerusi update terkini dilaman Instagram milik Black, Chira dilaporkan mengalami demam paans yg mengejut pada pagi 9 Febuari lalu. Semoga cepat sembuh diucapkan.

Zizan & Emma Bakal Berkahwin





Status hubungan cinta antara pelakon Zizan Razak & Emma Maembong terus menjadi tanda tanya sehingga ini. Tiada siapa pun yang tahu samada mereka benar-benar sedang bercinta atau tidak kerana belum ada pengakuan rasmi yg keluar dari mulut Zizan.

Sebelum ini, peminat pernah mendedahkan bukti-bukti pasangan Zizan Razak & Emma Maembong memang sedang bercinta namun masih tidak cukup menyakinkan orang ramai.

Gosip paling baru membabitkan dua selebriti ini ialah dakwaan individu tertentu yg mengatakan Zizan Razak telah bertemu dengan keluarga Emma Maembong & mereka bakal berkahwin tahun depan. Samada benar atau tidak gosip terbaru itu, kita tunggu sahaja kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak. Berita baik sepatutnya dihebohkan kepada umum jika tidak mahu menjadi bahan ejekan & kritikan peminat sepertimana yg berlaku kepada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Saat Bahagia Anak Farid Kamil Bersama Opah - GAMBAR

 

Comelkan bila melihat mereka bersama. Taniah kepada Farid Kamil dan isteri semoga berbahagian ke akhir hayat